Template by:
Free Blog Templates

25 December 2010

Koperasi






Kerajaan wajar mengkaji semula penubuhan Koperasi kerana bimbang bilangan yang terlalu banyak mengakibatkan mereka sukat menjalankan aktiviti.

Tidak dinafikan Kooperasi yang berjaya perlu bersaing, tetapi jika ruang untuk mereka melabarkan sayap terhad disebabkan bilangan koperasi yang begtu banyak, ia tidak akan mencapai sasaran Kerajaan untuk membangunkan koperasi.

Kebanyakan Koperasi bergantung kepada peluang yang disediakan oleh Kerajaan melalui program pembangunan, tetapi tidak semua itu mampu bertahan jika mereka tidak boleh bersaing.

Saya menyatakan demikian ketika meresmikan Mesyuarat Agung Koperasi Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung, dekat Kubu Gajah pagi tadi.

Sebelum ini. setiap DUN ditubuhkan koperasi bagi membantu meringankan bebanan di kalangan rakyat miskin, tetapi mereka ini sukat untuk bergerak jauh jika tidak mendapat sokongan daripada program Kerajaan.

Bagaimana mereka mampu bersaing dengan Syarikat yang sudah banyak pengelaman untuk mendapatkan tender-tender tertentu dan jika mereka gagal apa kah lagi peluang yang ada ditambah pula jika modal yang tidak mencukupi.

Justeru, Saya b erharap Jabatan Pembangunan Koperasi wajar memberi khidmat nasihat dari masa ke semasa bagi menggelakan koperasi yang ditubuhkan itu gulung tikar.

Tidak dinafikan Kerajaan berkehendakan mereka berdirikati dengan menyediakan modal awal atau subsidi, tetapi ia memerlukan masa bagi mereka berbuat demikian, itupun jika mereka berpeluang mendapat tapak awal bagi memperkukuhkan ekonomi. Bagaimana, jika mereka juga terpaksa bersaing sesama mereka, sedangkan peluang yang ada terlalu sedikit.

Saya juga berharap keutamaan mendapatkan projek atau tender haruslah diutamakan kepada koperasi yang di bawah naungan mana-mana rancangan tanah yang mereka kerjakan.

Ada kes-kes di mana koperasi melahirkan kekecewaan akibat terpaksa bersaing dengan syarikat luar, sedangkan mereka bukan sahaja layak diberikan keutamaan, tetapi lebih mengetahui masalah setempat jika mereka diberikan peluang berbuat demikian.

Sambil memuji keupayaan Koperasai RTBK yang mampu bertahan hingga ke hari ini,Saya juga turut mendengar masalah yang dikemukan Pengerusinya, Haji Sidek Osman termasuk projek jalan ke ladang yang mereka usahakan sepanjang 7 kilo meter.

Pada majlis itu, Saya turut menyampaikan dermasiswa kepada anak-anak peserta RTBK yang cemerlang. Mereka ialah Normarzillah binti Arbain, Mohd Zaif Amin bin Abu Bakar dan Azizul bin Abas di peringkat Ijazah manakala peringkat Diploma terdiri dari Nooorashikin binti Azmi, Norzaidah biiti Mad Daud, Aba Isfahani bin Ab Basir dan Mohd Asri bin Silahudin.

Di peringkat Sijil Pelajar Malaysia (SPM) pula ialah Adibah binti Mohamad Sharif dan Husna Mastura binti Helmi.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Kampung, Ismail Hashim.

0 comments: