Template by:
Free Blog Templates

23 December 2010

Peladang







Ahli-ahli Peladang, terutama dikalangan anak mereka disarankan supaya menyertai kursus anjuran mana-mana Pusat atau Institut Latihan Peranian atau Veterina di Negara ini bagi mendalami ilmi pengetahuan mereka dalam bidang pertanian dan ternakan.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak ahli mendapatkan tempatkan tempat berkursus di mana-mana pusat latihan.

Perkara ini Saya nyatakn sebagai Pengerusi PPK dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Unit Peladang di bangunan PPK Batu Kurau, pagi tadi.

Kursus itu, penting bagi membantu meningkatkan lagi perkembangan sektor pertanian terutama di kalangan remaja yang menjadi harapan kepada Peladang untuk meneruskan usaha mereka.

Negara, tidak boleh bergantung selama-lamanya hanya kepada mengimpot semua jenis hasil pertanian dan ternakan.

Justeru dengan adanya kursus seumpama itu, maka anak-anak muda boleh digalakan untuk berjinak-jinak dengan sektor pertanian dan ternakan dan akhirnya mendorong kepada mereka untuk berdikari bagi mencapai masa depan yang cemerlang.

Remaja, harus diyakinkan bahawa sektor pertanian dan ternakan juga memberi jaminan masa depan yang stabil, malah lebih baik daripada bergantung hanya makan gaji semata-mata.

Dalam perjumpaan itu, semua Ketua Unit telah diminta menyenaraikan nama ahli-ahli mereka untuk PPK Batu Kurau mendapatkan tempat yan sesuai selaras dengan kelayakan mereka di Pusat-Pusat latihan yang ada di Negara ini.

Selepas mengikuti kursus itu, mereka akan diberi khidmat nasihat seterusnya supaya menceburkan diri dalam sektor yang mereka minat samada dalam bidang pertanian, ternakan mahupun perikanan.

Sebelum perjumpaan itu, PPK Batu Kurau mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarahnya diantara perkara yang dibincangkan ialah untuk menggerakan kempen Bumi Hijau di kalangan unit-unitnya.

Nilai subsidi sekitar RM 1,000 akan diberikan kepada setiap unit peladang untuk memulakan aktiviti mereka.

Selain itu, perjumpaan dengan Jabatan-Jabatan yang berkaitan dengan Pertanian dan Ternakan juga akan diadakan bagi membolehkan ahli-ahli peladang mendapatkan maklumat mengenai program Transformasi Pertanian yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

PPK Batu Kurau juga menggalakan setiap unitnya mengeluarkan produk masing-masing yang boleh diketengah dan dipasarkan dengan lebh baik dan berdaya saing di pasaran tempatan dan juga luar negara.

0 comments: