Template by:
Free Blog Templates

27 December 2010

Bersama rakyat



Seperti biasa Saya mengambil kesempatan menemui rakyat tidak kira dalam apa jua majlis sambil bertanya khabar dan mendengar masalah yang dibangkitkn.

Kebanyakan masalah yang sering timbul ialah seperti kes peribadi untuk mendapatkan bantuan Kebajikan sara hidup, rumah, dan perekolahan anak.

Bagi masalah kampunp pula, mereka bertanyakan pembinaan jalan tar, selain parit dan longkang terutama musim cuaca yang tidak menentu sekarang kerana bimbang berlaku banjir.

DUN Kubu Gujah, terutamaya kawasan Mukim Ulu Ijok sering dilanda banjir kerana masalah saliran dan rumah-rumah yang berdekatan dengan Sungai.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Dulu YMDS ada mencadangkan untuk membina empangan di kawasan Ulu Ijok/Batu Kurau.

Tapi nampaknya ia hanya menjadi mimpi tanpa menjadi realiti. Kalau YMDS menjadi EXCO mungin mereka dengar cadangan YMDS.

Hari jumaat lepas harga getah potongan sehari tanpa bahan asing ialah $6.72 sen sekilo tapi saya jual kurang dua puluh sen daripada harga tersebut.

Cuba YMDS pinjam getah ketua kampung dan jual kepembeli getah dan lihat sendiri harga.

Sepanjang saya membaca blog YMDS saya tak nampak YMDS berjinak2 dengan penoreh getah tapi asyik dengan ketua kampung sahaja. Pergilah juga masuk tempat penoreh getah dan tangkap gambar dengan mereka yang menoreh getah. Saya takut YMDS asyik jumpa mereka yang hidup senang lenang sahaja: tak pernah tangkap ikan, tak parnah tanam sayur, tak pernah kait kelapa sawit, tak pernah menoreh getah...iaitu mereke yang membanting tulang dan menambah cukai jualan dan produk asas tani ke kerajaan persekutaun. Tanah untuk kerajaan negeri (orang ini yang ramai YMDS temui).

TQ