Template by:
Free Blog Templates

12 December 2010

Sungai runtuh













Bahaya dan Cukup bahaya, itulah yang dapat Saya katakan selepas meninjau keadaan di tebing Sungai dekat Bendanh Luas, dekat Ijok.

JPS harus bertindak segera kerana hairan bagaimana pasir hasil kerja-kerja mendalam dan membeluk sungai berkenaan semakin terhakis, selepas projek membaik pulih sungai tersbut dilaksanakan, baru-baru ini.

Saya juga berharap JPS segera membuat pemantauan keatas keadaan tebing sungai tersebut yang amat bahaya terutama kepada penduduk dan kenderaan yang melalui jalan berdekatan dengan sungai tersebut.

Dalam cuaca tidak menentu ini, eluklah JPS kerap membuat tinjau keatas sungai-sungai yang boleh mendatangkan ancaman banjir, terutama yang berdekatan dengan rumah kediaman.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak YMDS, pegawai penerangan UMNO tempatan menyiapan senarai nombor talipon dan alamat mereka yang betanggungjawab tentang kerosakan jalan, parit dll.
dihantarkan ke papan kenyataan di masjid2 dan balai raya.

Kalau tidak mereka masih jumpa YMDS.

Dan satu lagi galakkan pegawai agensi kerajaan turun padang.

Kalau YMDS asyik kerja remeh temeh ni bilakah kawasan ADUN Kubu Gajah akan menjadi maju.

Sepatutnya YMDS rerancang dan menyiapkan kertas kerja tentang perkara2 yang telah diilhamkan oleh pihak pucuk pimpinan.

Sebagai contoh satu kampung satu taman dan satu industri. Kita tak mahulah IKS. Kita mahu kilang membuat tayar sebagai contoh atau kilang kayu lapis. Zaman IKS sudah pun berlalu. Saya melawat kilang tayar di Shah Alam saya dapati banyak tayar datang dari Indonesia.

Bila saya beli tayar taukeh (di kedai lain) tersebut tanya saya buatan mana yang saya mahu tapi jenamanya masih sama. Yang selalu nya taukeh tersebut tanya saya sama ada saya mahu buatan Phillipines dan Indonesia.

Saya hairan pengarah korporat kita tidak kreatif. Buatlah kilang sendiri jangan asyik tunggu kilang kerajaan nak jadi pengarahnya. Itulah yang saya fahami makna kreatif sdan inovasi. Asyik2 mereka tunggu nak jadi pengarah GLC dan SLC. Dah banyak dapat duit dan pengelaman buatlah kilang sendiri. Orang kita tak kreatif. Saya sudah berhenti kerja kerajaan lebih 10 tahun secara sukarela untuk meningkatkan daya krativiti saya dan untuk memberi peluang supaya anak cucu kita dapat pekerjaan. Kalau kita bekerja sampai tutup mata, anak/ cucu kita nanti tak dapat kerja di lapisan bawahan kerana kita tak membuka jalan di tempat atasan. Anak saya masih ramai tak dapat kerja kerana orang pencen masih diambil bekerja. Anak saya dapat kelulusan yang very specialist. Tapi yang duduk di atas masih ramai lagi yang MALAY STUDIES jadi pekerjaan masih tak kosong kerana mereka yang bawah kita tak boleh tolak ke atas sebab yang diatas diperpanjangkan kontreknya.

Sekian untuk makluman YMDS.