Template by:
Free Blog Templates

11 December 2010

Titi Gantung Bahaya







Menjiau keadaan tebing Sungai dekat Titi Gantung, Bukit Kulim di Kampung Kelian Gunung di Ulu Ijok yang berada dalam keadaan bahaya dalam cuaca tidak menentu yang sering hujan sekarang.

Dalam tinjau tersebut, Saya dapati penduduk kampung telah menggunakan batang-bataag buloh untuk menahan tebing yang runtuh itu dan ini amat bahaya.

Saya berharap JPS segera mengambil tindakan segera dan penduduk mahu agar Jabatan yang terlibat menggunakan batu dalam sangkar yang dirasakan lebih kuat untuk menahan tempat yang runtuh itu.

Sekitar RM 10,000 diperlukan bagi kerja-kerja kecemasan dan bencana alam termasuk hakisan tebing sungai berkenaan tidak merebak hingga membahayakan Titi Gantung tersebut.

Turut sama dalam tinjaun tersebut ialah Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zukifli.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ketua Kampung nampaknya tak pandai menulis surat aduan ke JPS. Mereka selalu panggil YMDS. Adakah kita telah salah pilih ketau lampung.

Perkara yang remeh temeh panggil wakil Rakyat. Apakah yang sebenarnya kerja ketua kampung. Patut mereka kirim surat aduan dan salinan ke pihak atasan JPS. Saya selalu buat behitu tapi bukan JPS mereka berindak dengan cepat walaupun saya bukan ketua kampung.

Kalau selalu panggil YMDS kita banyaklah rugi sedikit dari segi manpower yang sepatutnya YMDS mesti utamakan dan hadapi yang lebih mencabar untuk PR 13. Banyak cadangan pucuk pimpinan belum lagi YMDS siapkan kertas kerjanya.

Sekain untuk makluman YMDS.