24 December 2010
Kebakaran
Alhamdullilah, petang tadi dapat menyumbang kepada sebuah keluarga warga emas bersama cucu tiga orang cucunya yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Teras, Ijok.
Rumah yang didukki Rasibah binti Nik Hussin, 64 tahun terbakar hangus semalam dan mereka hanya tinggal sehelai sepinggang.
Begitupun, mereka bersyukur kerana selamat daripada sebarang nahas. Ketika kejadian itu berlaku, kesemua mereka tidak ada di rumah.
Selain barang makanan, Saya turut memberi sumbangan pakaian, beg dan kasut sekolah kepada cucu-cucu Rasibah yang sedang belajar di Sekolah Menengah Redang Panjang. Mereka ialah Mohd Safuan bin johan, 16 tahun yang akan memasukki Tingkatan Lima tahun depan manakala dua lagi adiknya, Sarah, 15 tahun ke Tingkat Empat dan Nadia Natasha, 13 tahun ke Tungkatan Dua.
Rasibah begitu gembira dan menarik nafas lega kerana menerima sumbangan pakaian, beg dan kasut sekolah cucu-cucunya yang pada mulanya bimbang kerana musim baru persekolahan akan bermula tidak beberapa hari sahaja lagi.
Cucu-cucu berkenaan tinggal bersama nenek mereka setelah kedua orang tua mereka berpisah beberapa tahun yang lalu.
Sebelum kebakaran tersebut, Saya penah ke rumah Rasibah dan menyampaikan sedikit sumbangan.
Sementara itu, Saya berharap bantaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat dikeluarakan secepat mungkin bagi membantu menggurangkan bebabanan warga emas itu.
Saya akan memohon kepada Felcra, Baitulmal atai Yayasan Bina Upaya Perak bagi membantu mendirikan semula rumah Rasibah.
Beliau kini menumpang buat sementara di rumah saudaranya. Punca kebakaran dan kerugian masih belum diketahui.
Turut hadir di majlis penytampaian sumbangan tersebut ialah Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Yatam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya harap pihak masjid dan Ketua Kampung pun mulai mengumpul derma untuk keluarga ini.
Disamping itu YMDS jangan lupa menyelaraskan harga getah basah (cekrap) kerana harga getah di Negeri Sembilan dan Pantai Timor lebih tinggi dari di Perak.
Pada hari ini, 24.12.2010 harga getah di tempat kita ialah $6.79 sekilo tapi taukeh getah saya beli getah saya $6.60 se kilo. YMDS asyik tengok tanah runtuh, masjid, futsal dll tapi harga getah masih tak ikut pasaran. Barangkali tak ramai penoreh getah di tempat kita sebab itu ketua kampung tak peduli.
Pencuri pun bertambah.
Saya mohon polis semasa meronda cuba bertanya mereka yang membawa getah, "menoreh getah tanah siapa?" dan buat catitan. Saya lihat tempat kita lagi ramai pencuri dari di Selama. Alangkah baiknya jika HQ polis dibina di Kubu Gajah. Kerana di Selama saya tak dengar ada pencuri getah dan kelapa sawit. Pencuri ni pun pandai mereka tak jual di tempat kita.
Terima kasih YMDS.
Post a Comment