26 December 2010
Sungai tercemar
Saya amat terkejut dan rasa tidak puas hati dengan pencemaran Sungai Teras yang boleh menjejaskan pusat perkelahan di Lata Panggung dekat Ijok yang menjadi tumpuan ramai.
Dalam tinjauan ke lata tersebut, seluruh air sungai itu bertukar menjadi keruh. Apakah puncanya, Saya berharap mendapat Penghulu Mukim Ijok dan pihak-pihak berkenaan membuat sisatan dengan segera.
Kita tidak mahu membuat tuduhan melulu atau menunding jari sehingga mendapat ganbaran dan laporan sebenar.
Saya bimbang air yang kotor itu bukan sahaja menjejas pengunjung-pengunjung di lata tersebut, tetapi juga mencemar air sungai Teras itu sendiri.
Saya juga berharap mendapatkan pandangan dan laporan daripada Jabatan Alam Sekitar mengenai sungai-sungai yang tercemar,, akibat darpada aktiviti-aktiviti persekitaran.
Saya juga berpendapat, barangkali sudah tiba masanya Jabatan Perhutanan mengkaji kawasan-kawasan pembalakan yang boleh mencemar alam sekitar dan juga kawasan yang berhampiran dengan kawasan pendudukan.
Rakyat tidak menghalang usaha mendapatkab hasil Negeri, tetapi soal pencemaran dan gangguan kepada orang awam juga hrus diambil kira.
Ketua Kampung dan JKKK juga diharap melakukan pemantuan keatas aoa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan berlakukannya pencemaran di tempat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment