Template by:
Free Blog Templates

3 December 2010

Dewan 4



Menghadiri sidang belanjawaan Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak hari keempat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir menjawab soalan Adun Kubu Gajah mengenai program menaikan pekan-pekan Kubu Gajah dan Ijok yang akan mula dilaksanakan tahun depan dan diharap peringkat awalnya siap menjelang pilihanraya umum (pru) ke 13.

Selain perbadanan kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebagai nadi utama untuk menjadikan pekan Kubu Gajah dan Ijok sebagai pemakin pembangun baru, agensi seperti mara juga akan diminta terlibat sama.

Dr Zambey menjelaskan perancangan yang teliti agar pembanguan semula pekan-pekan kecil ini akan memberi menafaat sepenuhnya kepada penduduk tempatan.

Tidak makna Kerajaan merancang kemajuan, tetapi penduduk tempatan tidak mengecapinya.

Sebelum itu, saya bertanya apakah tempuh masa pembangunan di pekan-pekan kecil seperti Kubu Gajah, Ijok dan Batu Kurau.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kerajaan sudah merancang 11 pekan kecil di negeri Perak untuk di naik taraf.

Kerajaan Perak sudah memulakan menaikkan iaraf pekan tersebut, kalau tak silap saya Tapah Road. Kepentingan ekonominya taraf 'D' dalam skala saya. Tapi kalau Kubu Gajah ia ada lah pekan CROSS-ROAD dan pintu masuk ke Bangkok (termasuk Redang RanjangT-junction). Jika ia dibangunkan ia akan menjadi lebih maju dari Tapah Road. Dulu kita majukan Tapah Road kerana ada timah. Tapi sekarang nak dapat apa untuk cukai kerajaan.

Ada dua soalan kita YMDS.
Adakah Kubu Gajah dan Ijok tersenarai dalam 11 pekan yang hendak dimajukan di Perak?

Soalan kita yang kedua kenapa Tapah Road yang kita mulakan pembangunan. Kenapa tidak pekan sempadan Siam yang boleh menjana ekonomi negara beratus lipat ganda dari Tapah Road. Soalan sampingan kenapa tidak dibangunkan pekan yang terletak di ULU terlebih
dahulu. CUBA LIHAT GUA MUSANG.

YMDS saya rasa kita yang DI ULU ni asek kena KECOH sahaja kata orang KEDAH.

Tak apalah YMDS. Nanti PAS naik di Kubu Gajah baru MB kita garu kepala. Sepatutnya kalau beliau ada PHD dalam politik beliau MESTI membangunkan kawasan yang menang pilihan raya terlau sedikit majoritinya, seperti Kubu Gajah.

Berhentikan dahulu untuk membangunkan kawasan yang majoritinya ramai pengundi barisan.

Beliau pass TEMPLE UNIVERSITI tapi tak pandai main politik. Saya yang tak lulus Temple Uni pun saya rasa boleh pandai main politik.

Kesimpulannya, elakkan pembangunan untuk kepentingan sendiri. Kalau nak berpolitik berpolitiklah betul2. Jangan politik tahi ayam. Kalau politik tahi ayam kita majukan dulu tempat majoriti penyokong barisan. Hentikan dahulu pembangunan tempat kemenangan yang selesa (selamat). Kita mesti bantu bermati2an merka yang atas pagar. Di Kubu Gajah ramai yang atas pagar.

Sekian untuk makluman YMDS

Sekian untuk makluman YMDS.