Template by:
Free Blog Templates

12 December 2010

Orang Lama






Saya mengambil kesempatan melawat bekas orang kuat UMNO Bahagian yang terlatar sakit di rumahnya di Kampung Tua, Ulu Selama.

Haji Wahab bin Harun, 83 tahun kini terlantar tidak boleh bangun di rumah beliau. Begitupun, beliau amat terharu diatas kedatangan Saya, selaku Ketua UMNO Bahagigan Larut.

Sambil bertanya khabar, Saya menyampaikan sedikit sumbangan kepada Wahab yang telah banyak berjasa dan begitu aktif dalam kerja kemasyarakatan dan juga Parti.

Dalam lawatan itu, Saya agak terkejut kerana diberitahu bantuan bulanan kepada Wahab kemungkinan tidak disambung dan Saya berharap untuk mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai hal tersebut.

Bantuan itu tidak seharus diberhentikan kerana ia meringankan bebanan Wahab yang tinggal bersama dengan anaknya.

0 comments: