Template by:
Free Blog Templates

24 December 2010

Panggung















Sekalipun terpaksa meredah air sungai dan hutan, teapi ia tidak menghalang Saya untuk meninjau pembinaan dua buah chalet di atas bukit di tempat perkelahan Lata Panggung d Kampung Teras yang telah siap.

Projek yang bernilai RM 20,000 itu adalah merupakan langkah awal yang disediakan oleh ADUN Kubu Gajah sebagai kemudahan kepada Pengunjung ke lata tersebut yang sering menjadi tumuan ramai.

Saya amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan itu dan insyallah ia akan ditambahkan lagi tahun hadapan dengan beberapa buah lagi chalet di situ.

Selain, chalet sebuah tanda awam dan sebuah pentas persembahan juga dilaksanakan di situ dengan perbelanjaan sekitar RM 60,000.

Itu adalah program awal untuk menjadikan lata Panggung sebagai tempat atau distinasi pelanong di Perak. Seelum ini, tiada sebarang kemudahan di sediakan di situ, termasuk tandas awam.

Saya juga berharap Agensi Penggalak Pelancongan Negeri Perak tidak terlepas pandang di tempat-tempat yang boleh menjadi daya tarikan pelancong. Mereka harus mengadakan kajian terperinci di seluruh Negeri dan tidak hanya mengambil jalan mudah atau bagaikan melepas batuk di tangga dalam membuat kajian tersebut.

Apa salahnya Pegawai berkenaan turun ke padang dan lihat sendiri tempat-tempat yang menarik yang masih banyak yang boleh dimasukan dalam program melawat Perak umpamanya.

Selain lata Panggung di Mukim Ijok ini juga mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti di Sungai Jernih yang merupakan Air Terjun yang tercantik dan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab bin Yatama dan Ahli Majlis Daerah Selama, Mohamed bin Abdullah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ekopelancongan boleh terkenal di dunia jika pengiklanannya dibuat secara dinamik dan kreatif.

Sebagai contoh ramai orang tidak tahu Pangkor Resort ialah resort yang terkenal di dunia (hotel resort nombor 1 di dunia).

Kalaulah kita buat lata panggung demikian sudah tentu ia menjadi pusat tarikan antarabangsa.

Yang penting papan tanda di jalan menuju ke sana dari highway Bukit Merah supaya ramai dapat singgah makan di Kubu Gajah (Mee Yaakub yang terkenal), restoren tepi jalan Bagan Baru dan Redang Panjang sebelum meneruskan jalan ke Ijok.

Bila kita bina sesuatu tentukan sepanjang jalan ke lata panggung juga mendapat keuntungan secara tak langsung terutama sekali di kawasan ADUN Kubu Gajah. Selalu ingat konsep win-win bagi sebarang pembangunan. Sebab itu papan tanda jalan mesti eksklusif seperti Royal Selangor Club, kalau boleh Bukan tanda sepert JKKK. Kalau begitu Apik dari S'pore pun tak mahu datang.