27 December 2010
Bantuan
Rakyat Perak bertuah kerana mempunyai Menteri Besar yang sentiasa mengamil berat kebajikan mereka, terutama di kalangan Masyarakat Miskin.
Sebahagian besar daripada belanjawaan Negeri tahun 2011 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah untuk tujuan menggurangkan kadar kemiskinan.
Selain mengambil beratus anak angkat, Yayasan Bina Upaya yang diilhamkan oleh Dr Zambry juga akan melaksanakan program pembinaan rumah-rumah rakyat miskin.
Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan majlis penyampaian sumbangan beg dan pakian seragam kepada Pelajar-Pelajar miskin dan makanan kepada masyarakat miskin DUN Kubu Gajah di Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok, petang tadi.
Seramai 104 orang pelajar Sekolah Rendah menerima sumbangan tersebut dan seramai 248 orang lagi menerima barang berupa makanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Justeru, adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa Kerajaan Barisan Nsional (BN) selepas mengambil alih pentadbiran Negeri Perak bersikap sambil laewa keatss rakyat miskin, malah apa yang dilaksanakan Kerajaan BN dikatakan lebih baik daripada sebelumnya.
Sikap murah hati dan bersedia tutun ke bawah yang ditunnukan oleh Dr Zambry juga telah menambat hati ramai rakyat kerana mereka tahu Menteri Besar begitu mengambil berat masalah kebajikan mereka.
Program kebajikan yang lain termasuk pinjaman Tekun, Amanah Iktiar, Baitumal dan PPRT oleh FELCRA.
Selain menghargai banyak bantuan yang telah dikeluarkan oleh JKM, tetapi Saya berharap pihak berkenaan dapat menyelaras segala permohonan yang diterima bersama JKKK bagi mempastikan tidak terdapat kes orang yang sama menerima pelbagai bantuan.
JKM juga diminta supaya merujuk dan memaklumkan kepada Ketua-Ketua Kampung mereka yang telah menerima bantuan supaya mereka boleh memantau dan memberikan maklum balas segala bantuan yang telah dikeluarkan.
Timbalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Taiping, Norazazilah binti Fauzi, Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut, Sawifah Yahya adalah diantara yang hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semalam Dato Ada pergi Minum Kopi ke kat Taiping?? Saya Nampak dari jauh..nak tegur takut silap org..hehee
YMDS,
Kerajaan sememangnya membantu rakyat yang miskin.
Yang kita takutkan mereka tidak dapat mengubah nasib mereka kerana kita masih memberi bantuan yang bukan dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka jangka panjang.
Saya masih berpegang kepada konsep perniagaan 'head-hunting' untuk membantu mereka, bukannya beri beras,gula wang dan seumpamanya.
Pengelaman kita amat jelas YMDS. Keluarga kita dapat menaikan taraf mereka kerana kita mendapat pekerjaan walaupun kelulusan tak seberapa. Begitu juga nasib YMDS. Kalau tak jadi pemberita Berita Harian keluarga YMDS akan menjadi miskin hingga hari ini.
Kelulusan YMDS juga tak macam anak Lee Kuan Yew. Tapi pekerjaan yang kita perolehi sudah dapat membantu ibu bapa kita.
Maksud 'head-hunting' ialah kerajaan hendaklah memberi pekerjaan setaraf dengan kelulusan rakyat miskin. Jangang biarkan mereka memohon melalui iklan.
Kalau melalui iklan sampai bila pun mereka tak dapat pekerjaan untuk membantu kemiskinan keluarga mereka kerana kriterinya mengikut otak JPA yang datangnya dari sekolah seperti MCKK/luar negara.
Kalau tak dapat pekerjaan misalannya, YMDS beri saja kerja di Majuperak dan syarikat2 di mana YMDS menjadi pengarahnya. Bila lagi YMDS nak tolong orang kampung yang miskin. Kalau harap beri beras YMDS akan beri beras berterusan hingga YMDS pencen. Tapi kalau beri pekerjaan sudah tentu mereka tak minta beras atau duit (ikhtiar, tekun dll) lagi.
YM H Raja Omar dahulu membantu ramai orang kampung kita mendapat kerja sebagai guru dewasa. Tak bolehkah YMDS beri kerja pada mereka seperti yang dilakukan oleh ayahanda YMDS. Lepas mereka tak dapat kerja barulah mereka berpindah ke Taiping, Ipoh dan KL.
Itulah sejarah lampau di tempat kita.
Post a Comment