12 December 2010
Jalan FELDA
Meninjau kerja-kerja memperbaiki Tebing Jalan utama di FELDA, Ijok yang runtuh oleh pihak JKR.
Lebih RM 20,000 dibelanjakan bagi menampung kos menggunakan batu dalam sangkar sebagai menahan daripada tebing jalan berkenaan runtuh dan boleh mengancam pengguna.
Saya sendiri telah membangkitkan masalah tebing jalan tersebut selepas menerima aduan dan melihat sendiri keadaannya baru-baru ini.
Dalam tinjuan tersebut, Saya diberitahu kerja-kerja membaiki kerosakan tebing tersebut akan siap dalam tempuh bebrapa hari sahaja lagi.
Kerja-kerja membak pulih tebing yang runtuh itu bermula kelmarin dan akan siap dalam tempuh tidak beberapa lama memandangkan ia adalah jalan utama ke FELDA, Ijok.
Saya berharap dengan tindakan JKR itu ia tidak akan menimbulkan lagi sebarang kesuitan kepada para Peneroka FELDA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment