Template by:
Free Blog Templates

24 December 2010

Futsal






JKKK disarankan membantu memantau dan mengambil tindakan keatas mana-mana projek Kerajaan yang telah dimusnah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Kemudahan disediakan adalah untuk kepentingan rakyat, terutamanya remaja dan adalah menjadi tanggung jawab semua pihak untuk menjagakanya daripada diceroboh dan dirosakan oleh mana-mana pihak.

Adalah amat rugi kemudahan sukan umpanya dibina untuk kemudahan belia bersuka, tetapi ada yang sengaja dirosakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Justeru Para belia diminta untuk bekerjamsa membantu membenteras mana-mana golongan yang cuba merosakan hartabenda awam.

Saya meninjau kerja-kerja membina sebahagian lagi projek tangga ayam (tempat duduk bertingkat) di gelanggang Futsal di Kampung Tebing Tinggi.

Gelanggan Futsal Tebing Tinggi mencatkan sejarah sebagai gelanggang pertama dibina di Parlimen Larut, lengkap dengan tempat duduk dan lampu lempah.

Sebanyak lebih RM 100,000 diperuntukan pada peringkat awal projek itu, yang kemudian ditambah selepas lawatan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.

Kali terakhir gelanggang Futsal Tebing Tinggi digunakan termasuk lampu lempahnya ialah pada pertandingan merebut Piala ADUN Kubu Gajah. Justeru, Pusat Khidmat ADUN akan menganjurkan satu lagi pertandingan awal tahun 2011.

Saya berharap JKKK atau mana-mana pihak yang dipertanggungjawab keatas mana-mana kemudahan sukan akan memperbanyakan aktiviti mereka bagi menggelakan kemudahan itu daripada tidak digunakan dan akhirnya menjad pembaziran.

Saya berharap Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Selama tidak bertaindak sendirian, sebaliknya menyelaras semuga program sukan dengan setiap JKKK yang mempunyai projek sukan di tempat mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita ada lebih kurang 12 kampung/mukim.

Kalau YMDS turun padang tanpa protokol sudah tentu YMDS boleh melawat lebih kurang 2/3 kali sebulan bagi tiap2 kampung di ADUN Kubu Gajah.

Tapi kalau dengan protokal sudah tentu YMDS asyik melawat tempat yang sama atau pun ketua kampung yang suka membodek sahaja atau pun yang di luar kawasan ADUN Kubu Gajah.

YMDS perlu melawat lebih banyak ke tempat2 yang pengundinya di atas pagar tanpa di undang oleh ketua kampung kerana PRU 13 semankin dekat. Selalunya mereka yang di atas pagar ini tidak mengibarkan mana2 bendera parti dekat pilihan raya seperti Sungai Malau dalam dll. Walaupun ramai yang mengundi PAS tapi mereka hanya mengundi ikut isu semasa bukan ada idelogi/falsafah.

Kalau boleh YMDS cuba bersihkan isu yang ada, kerana ramai pengundi baru akan mengundi persepsi/realiti tapi bukan kebenaran.

Realiti di sini bermaksud walaupun UMNO membantu individu tetapi pembangunan mega dibangunkan di kawasan DAP seperti di Pulau Pinang, Batu Gajah, Simpang Pulai dll. UMNO untung hanya untuk individu tertentu. DAP dapat untung untuk semua pengndi mereka.

Mungkin perkara ini hanya persepsi saya tapi bukanlah kebenaran.