Template by:
Free Blog Templates

24 December 2010

KEMAS





Penduduk terutamnya wanita disarankan agar mengambil peluang mengikuti latihan yang dianjurkan oleh KEMAS bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka.

Cara demikian juga akan membantu KEMAS memberi khidmat nasihat kepada mereka untuk melanjutkan kerjaya selepas mendapatkan latihan tersebut bagi menambahkan pendapatan mereka dan keluarga.

Hanya dengan mendapat latihan yang betul, akan membantu mereka untuk menjalankan perniagaan yang lebih baik.

Saya membuat tinjauan keatas kerja-kerja perlaksanaan bangunan tambahan KEMAS Pekan Kubu Gajah yang telah siap.

Projek bernilai RM 20,00 itu adalah bagi keselesaan kakitangan KEMAS mengembangkan aktviti melatih penduduk terutamanya wanita dalam bidang masak-memasak dan jahitan.

Saya juga berharap KEMAS membuat tindakan susulan keatas pelatih-pelatih mereka dan di situ mereka boleh mempunyai pengkalan data untuk mengetahu sejauh mana kejayaan mereka selepas menerima latihan yang dikelolakan oleh KEMAS selama ini.

Juga diharapkan, kelas-kelas latihan seumpama itu dapat diperbanyakan lagi di tempat lain bagi membolehkan lebih ramai kaum wanita menyertainya di masa-sama depan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Masalah orang kita ialah masalah pemasaran, branding dan perkembangan.

Kita belajar di KEMAS/GIATMARA tidak ada follow-up hingga kita boleh membantu mereka mengeksport barangan yang kita pelajari. JKKK kita masih ulucentrik. Mereka tidak dapat memberi ilham bagaimana hendak membantu mereka untuk memajukan indusri cottage supaya menjadi IKS dan seterusnya membangun seperti Taiping Textile atau Silverstone di Taiping.

Sebagai contoh lihat sahaja dalam bidang jahitaan/tailoring. Tidak ada kemajuan/perkembangan di tempat kita. Di Brunei, misalannya kita boleh ambil tukang jahit Indon dengan gaji minimum 300 ringgit sebulan tanpa pembayaran $8,000 untuk bayaran yang lain2 (termasuk perubatan). Kedai jual ubat ada merata2 (di kedai biasa). Mereka tak payah ke hospital kecuali kritikal. Kalau ke hospital pun doktor moden kita hanya berikan anti-biotik dan panadol. Wang habis $40.00 tapi yang diberikan hanya paracetomol dan anti-biotik dan kadang2 vitamin. Kadang2 mereka
lebih percaya bomoh2 yang ada ditiap2 kampung.

Selagi kita perlu bayar $8000 ringgit untuk pekerja asing selagi itulah Kubu Gajah tidak maju. Akhir2 tiada seorang pun sanggup mengambil buah kelapa sawit di satu hari nanti. Pruning sahaja 6 ringgit kita bayar untuk pekerja tempatan (saya bayar anak Tok Imam Harun TT $6.00 untuk pruning sepokok)

Pekerja asing ambil upah menanam nenas 50 pokok $4.00. Orang kita ambil $1.20 sepokok. Kita jual nenas $1.00 sebuah.

Memang pekerja asing ada masalah sosial tapi yang kita bawa sendiri tiada masalah langsung. Yang ada problem ialah melalui agent. Agent tak usul periksa asal usul mereka.

Tapi yang kita ambil sendiri memang baik YMDS. Kalau YMDS pergi ke Bilah dan ambil sendiri saya rasa mereka tidak ada masalah. Tapi kalau ambil dari agent di Ipoh wahdoooh jika ia jumpa saja boyfriend mulai hilang. Tambah pula kita beri cuti sehari. Masalah saya ialah boyfriend dia asyik suruh ceweknya meninggalkan kita. Kemudian kita terpaksa cari yang lain. Mereka pula tak suka jaga orang yang uzur dan kanak2.

Sekian untuk makluman YMDS.