Template by:
Free Blog Templates

13 December 2010

Bendang Luas Banjir




Bimbang dengan keadaan tebing sungai yang sering runtuh dan mengancam keselamatan penduduk, Saya telah membuat tinjuan untuk melihat sendiri keadaan tersebut di sungai Ijok berdekatan dengan Kampung Bendang Luas, yang hanya tidak beberapa meter dari Jalanraya.

Saya berharap pihak berkeaan, terutamanya JPS agar mengambil tindakan segera bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak tidak diinggi berlaku terutamanya di kawasan yang menjadi tempat kediaman penduduk kerana bimbang ancaman banjir.

Kawasan ini dan sekitar Ijok sering dilanda banjir tambah pula di kawasan yang sering berlaku tebing runtuh dan berdekatan pula dengan rumah-rumah penduduk.

Masalah ini telahpun Saya bawa ke pengetahuan pihak berkenaan, malah di sidang DUN yang berlangsung baru-baru ini juga telah saya bangkitkan untuk diambil tindakan.

Banyak tempat yang seringkali berlaku banji dan ancaman kepada penduduk harus diberikan perhatian dan ketumaan.

0 comments: