4 December 2010
Pemasaran
Setelah selesai. sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam (Jumaat 2 Disember), Saya, mengambil kesempatan tengahari tadi meninjau kerja-kerja membina bangunan Pusat Pemasaran Pertanian berharha RM 8,000 di Sungai Segar, dekat Bagan Bahru, sekalipun hujan turun renyai-renyai,
Kerja-kerja membna bangunan tersebut yang bermula hari ini dijadualkan siap dua minggu lagi akan membantu memasarkan segala hasil penduduk pertanian di sekitar Sungai Segar serta apa-apa juga yang dihasil mereka termasuk kuih mueh, anyaman dan kraf tangan.
Sekain di Sungai Segar, Pusat Pemasaran Pertanian itu juga telah dibina di Kampung Mesjid, Ijok.
Semenjak pusat itu dibuka, ia telah membantu para petani memasarkan hasil usaha mereka dan Saya sendiri akan juga turut membantu bagi merialisasikan program ini, bergantung kepada keadaan semasa.
Ketua Kampung SungaiSegar, Zulkifli Ahmad sebelum ini peranah mengemukan permohonan bagi menambak kawasan yang berhampiran agar bagunan pusat pemasaran itu lebih selesa.
Selain itu, Pejabat Pertanian Daerah juga membelanjakan RM 200,000 untuk memajukan kira-kira 32 ekar tanah penduduk di sekitar Sungai Segar dengan tanaman pisang secara berkelompok.
Setakat ini, seluas tiga tanah telah dibersihkan untuk tujuan tersebut. Ptojek ini bagi membantu para petani yang memikikki tanah, tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk membangunkan tanah mereka.
Turut hadir dalam tinjauan tersebut ialah Pegawai Pertanian Daerah Larut,Matang dan Selama, Zulkifli bin Yaacob dan Pegawai Pertanian Selama, Zulmajidi Rafidi bin Abdul Rahman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Yang saya takut pusat pemasaran ini membeli hasil dengan harga yang tdak kompetitif.
Sebagai contoh saya jual pisang atau jering lebih mahal di Batu Kurau daripada di Selama.
Begitu juga getah dan kelapa sawit, Mereka beli kelapa sawit saya dengan harga gred C walaupun kelapa tersebut kelapa pokok tua, masak dan mayangnya besar.
Begitu juga getah 24 sen sekilo lebih murah daripada harga pasaran walaupun dalam ketul getah tersebut tak ada kulit kayu.
Tak tahulah apa yang boleh dilakukan semua ADUN LMS. YMDS pun asyik melawat rumah rosak, jalan rosak dan parit rosak. Tapi harga getah rendah daripada sebenarnya YMDS tak boleh buat apa2
Kalau mereka pernah menoreh getah keadaan ini senang sedikit kita atasi tapi kalau tak pernah macam mana pula? Itulah yang saya maksudkan turun padang. Sebagai contoh YMDS toreh 10 pokok getah dan jual ke Razali Kubu Gajah. Kalau YMDS tak mahu toreh tolong jual sahaja getah penoreh ahli UMNO.
Inilah yang saya maksudkan turun padang.
Kumpul maklumat yang sebenar bukan dengar cakap orang semata2. Di tempat kita ramai yang kaki kelentong. Tak pernah buat kerja tapi melaporkan masalah masyarakat. Akhirnya ia (tukang lapor bukan tukang kerja) yang mendapat macam2 dari kerajaan
Yang saya hairan harga getah lebih tinggi di Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan daripada di negeri Perak. Saya pun tak tahu apa yang kita boleh buat. Kalau report ke RISDA mereka siasat saya pula bukan pembeli getah. Lagi2 talipon saya. Baik saya tak laporkan pada siapa2. Aneh sekali kita pula yang disiasat, bukan taukeh getah.
Terima kasih.
Post a Comment