




Pelajar-Pelajar di Pusat Pengajian Tinggi dalam dan Luar Negara dinasihat agar tidak terbabit dalam mana-mana Demonstrasi, sebaliknya menumpukan perhatian mereka untuk mendalami ilmu.
Justeru, Saya menyarankan kepada semua Ibubapa dan Penjaga agar memantau dan mengambil berat segala aktiviti anak-anak mereka ketika berada di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi. Cara demikian sedikit sebanyak boleh mendisplinkan mereka
Jangan mempersia-siakan peluang di teirma masuk ke Universisi kerana ramai lagi yang tidak bernasib baik kerana tidak terpilih.
Saya berkata demikian di majlis penyampaian Dermasiswa Yayasan Perak di Dewan Orang ramai FELDA, Ijok pagi tadi.
Seramai 14 orang pelajar yang diterima masuk ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Tempatan peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah menerima dermasiswa tersebut bagi kali kedua tahun ini. Kali pertama ia telah diadakan pada majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.
Saya juga menasihatkan mereka agar tidak mencampur adukan pembelajaran dengan politik, kerana kebesan yang diberikan itu bukanlah bermakna mereka tidak ada had dan batas sempadan.
Mereka juga dinasihatkan agar menggelakan diri daripada terjebak dan mudah terpengaruh dengan propaganda merek yang tidak bertanggung jawab yang hanya ingin menjatuhkan Kerajaan.
Mengenai sumbangan dermasiswa itu, ternyata Kerajaan Perak dibawah Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir sentiasa mengutamakan kecemerlangan Pelajaran.
Justeru, rakyat miskin yang tidak mampu terus dibantu agar pencapaian anak-anak mereka tidak terjejas hanya disebabkan masalah kemiskinan.
Ibubapa dan Penjaga yang berpendapatan rendah sering menghadapi masalah menghantar anak-anak mereka yang terpilih ke Universiti kerana kos perbelanjaan yang agak besar.