Template by:
Free Blog Templates

31 August 2011

Aidilfitri-Merdeka

Alhamdulilah, kita bersyukur ke hadar Allah S.W.T.kerana dapat sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, selepas sebulan berpuasa.

Kepada seluruh umat islam tidak kira di mana mereka berada, diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Kita juga akan menyambut Hari Ulang tahun Kemerdeaan yang ke 54 dan kebetulan jatuh pada hari dan bulan Umat Islam menyambut Hari Raya.

Ini petanda yang baik, Rahmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang akan membawa Sinar cahaya ditangan Perdana Meneri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk terus mebawa kejayaan dan kecemerlangan kepada Negara Malaysia yang tercinta ini.

Diharap dengan dua sembutan yangbersejarah ini, ia akan meningkatkan semangat ke arah perpaduan ummah, dan meletakan soal perpaduan itu di tingkat yang lebih tinggi.

Pengganas Komunis meletak senjata dan mengaku kekalahan adalah disebabkan kekuatan perpaduan rakyat di Negara yang berbilang ini.

Justeru bersempena dengan Hari Kemerdekaan ini, kita harus mengenang jasa pejuang yang terdahulu dan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan segala pengorbanan para pejuang ketika menuntut kemerdekaan, mereka ini sama lah seperti mendeharka keapda Tanahairnya sendiri.

Marilah kita jadikan sambutan Aidilfitri dan Kemerdekaan ini sebagai satu era baru kearah memperkukuhkan lagi kesejahteraand an keamanan rakyat dan Negara.

Kita harus bersyukur kerana dapat tinggal di bumi yang bertuah ini. Merdeka.

29 August 2011

Bazar Aidil Fitri














Saya mengambil kesempatan melawat dan meninjau anak-anak buah yang sedang berniaga di Bazar menjelang Hariraya Aidil Fitri di Pekan Taiping.

Diantara mereka yang sedang menjalani pernigaaa di Pasar Malam itu ialah Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian LARUT, Haji Amir Haji Ali.

Ketua UMNO Cawangan Bendang Nering, Rasdi Yaacob bersama keluarganya juga tidak melepaskan peluang berniaga di bazar tersebut bagi mencari pendapatan tambahan untuk sambutan Hariraya.

Sambutan di pasar Aidil Fitri itu cekup menggalakan dengan tumpuan ramai umat islam yang berbelanja untuk sambutan Hari Kebesaraan itu.

Yang menarik lagi, mereka yang berkunjung ke bazar Aidil Fitri itu juga terdiri dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Masjid-Sumbangan Raya





Perpetahan Negara Islam bukan sahaja merugikan mereka, tetapi juga ekonomi dan perpaduan ummah.

Justeru, rakyat di Malysia tidak harus terpengaruh dengan budaya di beberapa Negara Islam yang kini dilanda krisis.

Sebagai sebuah Negara Islam, Malaysia telah menjadi contoh terbaik di kalangan Negara-Negara Islam di Dunia.

Tetapi, jika umat islam di Malaysia juga memilih untuk berpecah belah, maka mereka juga akan menerima nasib dan mala petaka buruk seperti yang berlaku di beberapa Negara Islam yang lain.

Saya berkata demikian ketika berucap majlis penyampaian sumbangan Hariraya Aidil Fitri di Mesjid Changkat Larah.

Umat Islam di Malaysia harus ingat mereka jangan jadi alat mana-mana pihak yang sengaja ingin mencetus kekacauan.

Rusuhan tidak akan menyelesai masalah, sebaliknya mencetuskan lagi huru hara. Justeru rakyat di Malaysia tidak harus membenarkan diri mereka terpengaruh dengan pujuk raya mereka yang hanya mempunyai kepentigan politik sendiri.

Kestabilan dan kesejahteraan Negara bergantung kepada sejauh mana kemampuan dan keupayaan rakyat itu sendiri menentukannya.

Ditangn rakyatlah terletakannya soal perpaduan dan jika mereka sendiri tidak mengutamakan soal ini, ia sudah tentu mengundang kekacauan.

28 August 2011

Anak Yatim Jelai







Kebajikan anak-anak Yatim dan warga emas serta Ibu Tunggal tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat, sebaliknya ditangan mereka jugalah, golongan ini begitu mengharapkan bantuan bagi mengatur perjalanan hidup mereka.

Golongan yang berada dan berkemampuan juga harus membantu mereka yang tidak berkeupayaan.

Jika golongan ini dibiarkan hidup melarat tanpa pertolongan daripada mereka yang berada ia akan menjadikan keadaan masyarakat seluruhnya berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan Hariraya keapda lebih 30 orang anak-anak yatim, warga emas dan ibu tunggal di Mesjid Jelai, petang tadi.

Sumbangan itu adalah tajaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kamung Jelai, dekat Batu Kurau.

Turut hadir Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Mesjid serta JKKK.

Saya memuji usaha JKKK Jelai kerana setiap tahun menjelang Hariraya Aidil Fitri, mereka akan menyediaka sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di sekitar Kampung tersebut.

Sumbangan Hariraya





















Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dengan pergolakan yang berlaku di beberapa Negara Islam yang lain, jika mereka mahu terus tinggal dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Ternya Negara yang memilih untuk mencetuskan huru hara, suasana hidup mereka juga tidak tenteram dan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan Hariraya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian LARUT di Mesjid Sungai Seputeh, Ulu Selama.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Haji Mohd Daud Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Selama.

Akibat kekacuan, pelancong takut hendak datang dan akhirnya rakyat Negara berkenaan menanggung kerugian berjuta ringgit kerana hasil jualan mereka merosot.

Negara yang mengalami huru hara akan jatuh brankrup dan jika ekonomi terjejas boleh mencetus kejadian yang tidak diingini seperti rompakan dan peras ugut.

Umat Islam di Malaysia memiliki peluang baik jika mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti demonstrasi.

Kira-Kira 200 orang golongan tidak berada di sekitar DUN Selama menerima sumbangan tersebut.

27 August 2011

Sumbangan Raya

















Rakyat miskin dan mereka yang kurang berupaya (OKU) tidak hanya menerima bantuan Kerajaan bila tiba musim perayaan, sebaliknya bantuan diberikan oleh Agensi Kerajaan pada setiap masa.

Rakyat di Negara ini harus bersyukur kerana bukan sahaja Kerajaan yang sentiasa perhatin untuk membantu mereka yang kurang berada, tetapi juga pelbagai pihak yang lain yang sentiasa tampil untuk menghulurkan sumbangan setiap kali tiba Hariraya Aidil Fitri.

Begitu juga dengan UMNO yang sentiasa peka untuk membantu mereka yang miskin, kurang upaya dan warga emas.

Masyarakat yang berada sudah tentuk tidak akan hidup selesa jika masih ramai rakyat miskin yang memerlukan bantuan.

Saya berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan Hariraya Aidil fitri kepada kira-kira orang penerima di Mesjid Batu 14, Batu Kurau.

Rakyat Negara ini juga harus bersyukur kerana Kerajaan Pusat mampu mentadbir dengan baik dan berjaya menghalang sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab mencetus kekacauan.

Negara-Negara lain termasuk di Timur Tengah kini bergolak dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan ketakutan dan ancaman peperangan.

Ekonomi akan terjejas jika Negara tidak aman dan berlaku kucar kacir disebabkan perbuatan mereka yang sengaja ingin rakyat hidup dalam kesangsaraan.

Jangan tiru gaya hidup masyarakat asing kerana Malaysia ada acuan dan budayanya yang tersendiri dan ini tidak mungkin mampu dimiliki oleh mana-mana Negara yang tinggal dalam masyarakat berbilang kaum dan keturunan.

Bukan mudah sesabuah Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus dengan baik dalam sebuah Negara yang terdiri dari rakyat yang berlainan kaum dan berbeza agama serta budayanya.

Rawatan





Melawat Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok dalam Bahagian LARUT, Mohd Saad bin Yusop yang baru sahaja keluar Hospital Taiping, selepas menjalani pemeriksaan Jantung.

Ketika, Saya ke rumahnya di Titi Ijok, dekat Pekan Kubu Gajahi Mohd Saidm kebetulan baru sahaja balik dari Hospital.

Beliau mendapat rawatan rapi, selepas dimasukan ke Hospital tersebut selama beberapa hari dan kemudian dibenarkan pulang ke rumah untuk beritah.

Mohd Saad seorang yang amat aktif dalam kegiatan sosial begitu gembira diatas kedatangan dan keperhatinan Saya yang bukan sahaja sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kubu Gajah, tetapi juga Ketua UMNO Bahagian.


26 August 2011

Menjelang Hari raya Aidilfitri








Banyak aktiviti yang diadakan seperti Pekan Hari menjelang sambutan Hariraya Aidilfitri tidak beberapa hari sahaja lagi.

Di Pekan Kampung Mesjid, Ijok juga sibuk dengan pelbagai jenis jualan bagi umat islam membuat persiapan bagi menyambut hari lebaran.

Diantara gerai yang menjadi tumpuan ialah yang menjual pelbagai jenis songkok dan yang mengembirakan lagi ia adalah produk tempatan.

Jualan kueh-muih dan pakaian wanita juga menjadi perhatian ramai termasuk kalangan warga emas, remaja dan suri rumahtangga.

Jualan ikan kering dan daun palas serta juadah untuk berbuka juga menarik ramai pengunjung di pasar tersebut.

Penjual-penjual yang berniaga termasuk mereka yang datang dari Pulau Pinang dan Kedah yang mencari peluang dan kesempatan bagi menambahkan pendapatan mereka, selain penduduk tempatan itu sendiri.

Saya cukup tertarik sekali dengan suasana di sepanjang pekan hari sempena menyambut Hariraya Aidilfiitri tidak beberapa hari sahaja lagi.

Kebajikan
















Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berhasrat mengeluarkan bantuan diminta agar merujuk terlebih dahulu kepada Ketua Kampung bagi menggelakan berlakunya pertindihan penerima tersebut.

Saya memberi contoh ada seorang penerima yang sama menerima bantuan rumah dan membaiki rumah pada masa yang sama.

Jika ini berlaku ia sudah tentu mencetuskan rasa tidak puas hati dan kecewa penerima yang lain, akhirnya menimbulkan masalah kepada pihak yang berkeaan untuk membuat keputusan menarik balik.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian bantuan jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) peringkat Dewan Undangan negeri (DUN) Kubu Gajah di pejabat Penghulu Ijok di Kampung Mesjid, pagi tadi.

Seramai 30 orang termasuk orang yang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan tersebut bernilai RM 10,700. Selain wang tunai, mereka juga menerima barangan.

Turut hadir Timbalan Pegawai JKM Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Puan Norazazilah binti Mohd Fauzi, Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan Pegawai JKM Selama, Norafni Zuraidah binti Hamid.

Jawtankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah tempat rujukan yang terbaik bagi menyemak penerima bantuan Kerajaan kerana mereka lebih mengetahui penduduk setempat.

Mengenai pemberian bantuan tersebut, Saya menegaskan betapa keperhatinan Kerajaan terhadap rakyat miskin dan tidak mampu.

Adalah tidak benar samasekali jika ada pihak-pihak yang melempar tombahan menuduh bahawa ramai rakyat yang hidup melarat.

Saya juga menegaskan samada ada Negara ini berkeadaan makmuat atau sebaliknya terserah kepada rakyat menentukannnya.

Amat merugikan jika rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti yang bertentangan dengan Undang-Undang seperti demonstrasi.