Template by:
Free Blog Templates

1 March 2010

Hak Melayu dan Islam, jangan dipertikaikan

Sesungguhnya tiada siapa yang harus mempertikaikan hak Melayu dan Islam di Negara yang berdaulat ini.

Malah isu tersebut tidak boleh dikompromi dalam apa situasi sekalipun. Sewajarnyalah semua pihak mengerti dan menghormai keadaan ini dan tidak seharusnya diungkit-ungkit.

Sudah lebih 52 tahun Negara Merdeka dan betapa susah payahnya kepimpinan terdahulu untuk membebaskan bumi ini dari penjajah Inggeris dan telah sekian lama Islam menjadi Agama resmi di Malaysia, maka ia tidak seharusnya dipertikaikan oleh mana individu atau pihak.

Kebebasan bersuara dan sistem Demokrasi yang diamalkan, tidak bermakna tidak ada batas dan sempadannya. Hormati lah perjanjian yang ditemeteri ketika Inggeris memberikan hak Kemerdekaan kepada Malaysia.

Islam sebagai agama resmi tidak pernah menyekat kebebasan beragama dan kebudayaan pelbagai bangsa ketika menyambut hari kebesaraan mereka.

Tindakan 78 NGO menubuhkan Majlis Perundingan pertahankan Melayu dan Islam harus dilihat sebagai perhimpunan bangsa yang tidak mahu ada mana-mana pihak cuba memperlekehkan dan mempersendakan kedudukan Melayu dan Islam.

Kata sepakat itu setidak-tidaknya akan membangkitkan kesedaran kepada Orang Melayu itu sendiri, tidak kira di mana mereka itu berada dalam mempertahankan Melayu dan Islam.

Orang melayu tidak akan ke mana-mana jika mereka terus berpecah dan tidak mahu mengutamakan perpaduan ummah.

2 comments:

Unknown said...

salam DSRAZ,
hak melayu dan islam telah pun dipertikai dan dipersendakan olih mereka2 semua personaliti pkr,dap,pas,mic,mca dan macam2 lagi tiada apa pun yg dapat dilakukan olih umno, saya dapat merasakan kekecewaan melayu, umno dilihat saya ulang DILIHAT gagal memperjuangkan orang2 melayu deb bungkus, biasiswa jpa kurang, amanah saham dulu pnb ditubuhkan utk mempertingkatkan ekonomi bumiputra tetapi kini sudah bukan keutamaan pnb kpd bumiputra dan macam2 lagi. pemimpin2 umno seolah olah lupa pru12 yg mengangkat bn ialah kemenangan olih umno, mca, mic, gerakan hancus apakah jawapannya kpd pru13??
sekian dr orang perak dipahang.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan dan saya amat memahami. insyallah saya sendiri akan bawa masalah ini ke pengetahuan kepimpinan umno di peringkat tertinggi untuk mencari jalan yang terbaik bagi menghuraikan sebarang kekeliruan dan jangan sampai orang melayu itu sendir semakin berjauhan daripada umno.