Kebajikan OKU tidak harus diabaikan, malah harus diberikan keutamaan dalam mereka menempatkan diri sebagai masyarakat yang penting.
OKU juga tidak harus dianggap sebagai masyarakat yang tidak ada masa depan dan tidak perlu diberikan peluang kedua. Jangan pandang rendah kepada keupayaan OKU.
Mereka ini jika diberikan perhatian dan didikan serta bimbingan juga boleh menghasilkan produk yang baik.
Saya menyatakan demikian ketika melawat PDK DUN Kubu Gajah di Felda Ijok. Terdapat seramai 16 orang pelajar termasuk yang paling tua berusia 42 tahun.
Saya juga berhasrat menjadikan Pusat Komuniti Parlimen di Felda, Ijok dan usaha sedang dibuat bagi mendapatkan peruntukan khas.
Setelah mendengar taklimat daripada Timbalan Pengerusinya, Azemi Raof, Saya akan memanjangkan permohonan mereka untuk mendapatka sebuah bangunan sendiri daripada pihak Kementerian.
Pada masa ini, mereka terpaksa menumpang sebuah bangunan dan Felda bersetuju untuk menyediakan tapak bagi tujuan tersebut.
1 comments:
Tahniah atas keperihatinan Dato Sri.
Post a Comment