Template by:
Free Blog Templates

1 March 2010

PAC mahu laporan Royal Belum




Jawatankuasa Kewangan Negeri (PAC) ingin dapatkan laporan mengenai Projek Peranginan Royal Belum di Hulu Perak yang runtuh beberapa tahun lalu.

PAC mahu dapatkan laporan mengenai projek tersebut daripada pihak berkenaan untukmengentahu punca bangunan itu runtuh.

PAC dalam pada itu mahukan setiap Agensi Kerajaan di Negeri ini, meningkatkan prestasi masing-masing agar mencapai bintang 4.

Pada mesyuarat PAC yang baru lalu, Jawatankuasa berkenaan kali ini, telah mengambil pendekatan bersemuka dengan Ketua-Ketua Jabatan berkenaan untuk memberi nasihat agar memperbaiki segala kelemahan, tetapi mereka jangan pula beranggapan panggilan itu sekadar biasa.

Buat pertama kalinya, dua jabatan telah dipanggil dalam perjumpaan khas baru-baru ini bagi mendengar penjelasan atas aduan juru audit. Dua Jabatan berkenaan telah memberi kerjsama yang baik.

Dalam pada itu, Agensi-agensi berkenaan juga telah dinasihatkan agar mempastikan tanah simpanan milik mereka tidak terus diteroka haram dan mereka diminta agar segera berbincang dengan bahagian Penguatkuasa untuk mengambil tindakan keatas mereka yang menduduki tanah Jabatan berkenaan yang boleh mendatangkan ancaman dan bahaya.

PAC juga akan mengadakan lawatan ke atas projek-projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan atau Agensi Kerajaan di Negeri Perak.

0 comments: