Template by:
Free Blog Templates

14 March 2010

Dr Zambery Mahu Pelajar Tercicir diberi peluang

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir pagi ini mengadakan perjumpaan dengan Pelajar-Pelajar Perak yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.

Sambil memberi semangat dan dorongan kepada mereka, pelajar-pelajar yang sedang menuntut di luar Perak harus memberi tumpuan untuk kembali menjadi rakyat yang mampu berkhidmat kepada rakyat dan Negara.

Mereka tidak harus gusar dan keliru dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak pimpinan beliau kerana yang penting ialah Kerajaan BN terus menjadi teras kepada pembelaan nasib rakyat.

Dr Zambery dalam usahanya meningkatkan lagi pendidikan di Perak juga tidak akan turut memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang tercicir untuk mendapat peluang kedua dalam menghadiri kursus-kurus tertentu.

Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan dalam menydiakan prasrana pendidikan di luarbandar di Perak.

0 comments: