Template by:
Free Blog Templates

6 March 2010

Perpaduan Pra Syarat Kejayaan BN


Memperkukuhkan Perpaduan adalah pra syarat, Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang.

Justeru, semua komponen parti harus menjadikan soal perpaduan sebagai agenda keutamaan jika ingin terus kekal sebagai Parti yang diberi mandat mentadbir dan memerintah Negara ini.

Timbalan Perdana Mentreri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN Pusat mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jawatankuasa UMNO dan BN Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir di Pusat Latihan Felda, Trolak Petang tadi, sempena pelancaran Program Juara Rakyat Peringkat Negeri di Tasek YDP Slim River.

Dalam perjumpaan tersebut Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO dan BN Negeri mengadakan perbincangan dari hati ke hati bersama Timbalan Perdana Menteri.

Isu-isu politik semasa turut disentuh dalam perjumpaan tersebut yang turut dihadiri Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Pemimpin-Pemimpin Komponen BN dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menjadi Bapa dan Ibu Angkat Bahagian-Bahagian di Perak juga hadir.

1 comments:

Anonymous said...

memang tak dinafikan perpaduan itu prasyarat kejayaan BN tapi berlakukah perkara tersebut sekarang? kedudukan umno itu sendiri yang penting,kebanyakkan ketua ketua bahagian yang ada sekarang seboleh bolehnya ingin terus kekal sebgai wakil rakyat walaupun sudah 3 atau 4 penggal sebagai wakil rakyat.

ahli ahli umno sebenarnya sudah muak dengan gelagat wakil rakyat yang lama lama ni, sudah sudah la tu bawak le bersara sebagai wakil rakyat. Serahkan kepada generasi pelapis ni untuk meneruskan perjuangan UMNO janganlah terlalu tamak berkuasa sedangkan selama ini pun tak ada apa pun yang wakil rakyat tu buat untuk membantu orang kampung.

Orang kampung nak jumpa pun payah sehinggakan ada rumah wakil rakyat yang lampu pagarnya dipecahkan oleh orang kampung kerana wakil rakyat tersebut bersembunyi dirumah dan mengatakan kepada pembantu rumahnya yang beliau tidak ada di rumah.

itulah sebahagian dari kesah wakil rakyat DUN yang dah tak berminat untuk menjalankan tugas sebgai wakil rakyat tetapi masih sedang berusaha untuk terus dikekalkan sebagai calon Parlimen pulak...giler kuasa punya orang