Template by:
Free Blog Templates

8 March 2010

Ibu tunggal miskin perlu rumah






Bayangkan betapa tabahnya, seorang Ibu Tunggal, Zuhaimi binti Abdul Hamid, 36 tahun yang bukan sahaja terpaksa menyara anak-anaknya, tetapi tinggal jauh di pendalaman di Sungai Simpol, Sungai Jernih, Ijok.


Saya terpaksa menyeberanggi sungai melalui titi gantung untuk sampai ke rumah beliau. Mengejutkan saya, cuma rumah Zuhaimi yang serba sederhana di situ.


Apabila ditanya kepada Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, apa kah mereka tidak takut dan sunyi, beliau berkata, mereka sudah biasa.


Saya ke sana selepas diberitahu penderitaan Zuhaimi dan kami sepakat mohon bantuan Baitulmal untuk mendirikan rumah beliau di tapak yang dekat dengan penduduk yang lain.


Insyallah, Saya sendiri akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Noor Alafis secepat mungkin.


Dalam lawatan tersebut, sebagai rasa simpati saya menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ibu Tunggal berkenaan.


Terdahulu, saya juga sempat melawat seorang Warga Emas, Yom binti Ariffin, 86 tahun di Felda, Ijok.

0 comments: