Mendekati remaja adalah pendekatan yang akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah minggu depan, termasuk melancarkan kempen daftar dan menyemak pemilih.
Pada 7 Mac ini, di empat gelanggang di Tebing Tinggi, Kubu Gajah, Felda Ijok dan Pantai Besar akan diadakan pertandingan Futsal terbuka dengan menyediakan hadiah yang agak lumayah, johan RM 1,000.
Dijangkakan sekitar 100 pasukan akan mengambil bahagian. Pertandingan ini, selain mendekati remaja adalah juga bertujuan mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.
Ia adalah juga bagi mempastikan semua gelanggang futsal yang telah dibina oleh Kerajaan tidak terbiar tanpa digunakan oleh remaja.
Pertaningan Bola Jaring untuk Puteri juga diadakan di gelanggang Felda dengan hadiah RM750 untuk johan.
Mereka yang berhasrat menyertai pertandingan tersebut boleh mendapatkan borang penyertaan daripada urusetia Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah di telepon Mohamed Ibrahim 019 5785462 atau Cikgu Osman Ahmad 013 5025569 atau Cikgu Abu Samah Aliddin 013 5202363.
Undi dijadualkan akan berlangsug pada 4 Februari ini di Kubu Gajah.
Pada hari yang sama juga akan diadakan majlis berkelah di rumah Ketua Kampung Felda, Ijok Haji Shukur Haji Jaman anjuran UMNO Bahagian Larut. Selepas majlis tersebut Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian akan singgah ke rumah-rumah peneroka untuk bertanya khabar?
2 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sibuk bebonar nampaknya ADUN kita ni. honestly it's BULLEYES! salah satu sasaran WAJIB! kip it up..!
well..y don every ADUN kita put up a challenge..siapa yg dpt gatherkan/himpunkan the most youngsters at any 1 public event for them of course with CONTINUITY..!
seronok bila witness ADUN kita yg sorang ni mengorak "LANGKAH".
** syabas & teruskan **
terima kasih atas sokongan insyallah selagi hayat dikandung badan kita akan terus perjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.
YBM Dato'..
Pasai apa program sukan tak melibatkan pemuda bahagian..tak ngam ngan depa kaaa...?
Tahniah dato' seri. Teruskan aktiviti mendekati remaja. Si Mamat ni pula susah la nak cakap. Mudah pandang negatif. Saya rasa bukan tak ngam tapi mungkin pemuda tak selaju mcm ketua2 pemuda terdahulu. Pemuda create satu program lepas bincang ngan mana-mana YB. Saya rasa okay punya. Tak semestinya ngan dato' seri saja. Depa pun UMNO juga. Takpa lah Dato' seri, lepas dato seri minta pemuda anjurkan satu kejohanan. Agak2 la bajet dia.
Post a Comment