Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir harus diberi peluang secukupnya, membentang, menjawab serta mengulung segala perbahasan dalam sidang DUN Perak bermula 30 Mac ini.
Saya merasakan Ahli-Ahli DUN diberi kebebasan untuk bersuara tanpa diganggu hingga sidang terpaksa dipendekan tempuh masanya. Justeru adalah menjadi harapan agar semua wakil dari Pembangkang memberikan kerjasama untuk melihat kemantangan berhujah dan sidang berjalan dengan lancar.
Sudah dua kali sidang DUN terganggu selepas Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak. Kali pertama pada sidang awal tahun lalu ketika upacara peresmian dan pemilihan Speaker.
Akibat gangguan dan kekacuan tersebut majlis perasmian oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perak, tertangguh lebih daripada lima jam.
Apa salahnya kali ini, Pembangkang berfikiran terbuka mengambil bahagian dalam perbahasan mengemukakan masalah kawasan dan memberikan pandangan serta idea untuk memajukan Negeri Perak daripada menghabiskan masa menghalang sidang DUN berjalan dengan lancar.
Saya percaya ramai ADUN yang kecewa kerana tidak dapat berbahas dalam dua sidang terdahulu dan tidak dapat membawa masalah rakyat di kawasan masing-masing.
Kita juga tidak mahu, tanggapan umum negatif keatas DUN Perak setiap kali sidang hendak diadakan.
24 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment