Template by:
Free Blog Templates

30 March 2010

Sivakumar Buat Lawak Cuba Ambil Kerusi Speaker





DYTM Tuanku Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan meresmikan persidangan DUN dengan bertitah pentingnya semua pihak memberikan tumpuan untuk memajukan Negeri ini.

Baginda juga turut menyebut langkah dan perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dalam menarik pelabur dan mengatasi jurang kemiskinan.


Terdahulu berpakaian segak berwarna kuning emas, Tuanku Raja Muda memeriksa perbarisan sepasukan Pegawai dan Anggota beruniform. Ketibaan bagianda disambut oleh Menteri Besar dan Isteri serta Setiausaha Kerajaan.


Speaker DUN, Datuk R. Ganeson yang mengambil tempat beliau telah mengumukan titah Tuanku Pemangku Raja.


Sebelum persidangan, berlaku pertikaian kecil oleh Pembangkang yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan perjalanan Dewan termasuk mempersoalkan kehadiran anggota beruniform. Ini adalah sikap biasa mereka selepas Kerajaan pimpinan mereka jatuh kepada Barisan Nasional (BN) awal tahun lalu.


Sebaik titah Tuanku Raja Muda, Dewan ditangguhkan hingga ke pagi Rabu dengan Ucapan Terima Kasih oleh Menteri Besar dan diikuti dengan perbahasan oleh Ahli-Ahli Dewan.


Beberapa rang undang juga dibentangkan serta laporan Audit selain perlantikan Jawatankuasa Kewangan Negeri, Hak dan Kebebasan serta Peraturan Mesyuarat.


Berikut adalah sedikit urutan sidang DUN Perak hari ini. Tiada himpunan atau kecoh pada sebelah pagi. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Pembangkang tiba dan mengambil tempat duduk di pentas majlis pemeriksaan perbarisan dan tabik hormat.


Ahli-ahli kedua-dua belah pihak yang hadir bersalam-salaman sambil bertanya khabar.


Bekas Speaker, V.Sivakumar juga kelihatan mengambil tempat dalam Dewan sebaik semuanya beredar untuk masuk ke Dewan.


Sivakumar buat lawak cuba mengambil tempat duduk Speaker ketika Ganeson berjalan ke arah pintu masuk untuk menyambut ketibaan Tuanku Raja Muda dan berlaku kekecohan kecil.


Tuanku Raja Muda bagaimanaun, menyampaikan titah ucapan perasmian. Sebaik sidang ditangguhkan kesema Ahli Dewan kedua-dua belah pihak berborak sebelum masing-masing beredar ke Dewan Minum.

0 comments: