Template by:
Free Blog Templates

11 March 2010

Kaji Balik bangunan yang membazir



Kementerian Pelajaran harus mengkaji semula projek pembinaan bangunan sekolah tambahan yang kelak boleh menyebabkan pemembaziran dan ini merugikan wang rakyat.


Ada sekolah yang mendapat bangunan tambahan, tetapi kerana terlalu tinggi hingga empat tingkat, ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kelas belajar.


Barangkali guru-guru juga enggan naik tangga ke tingkat yang tinggi kerana ia boleh mendatangkan keletihan, Pada hal jika diamalkan selalu ia adalah senaman yang baik untuk kesihatan badan.


Jika adapun bangunan yang digunakan itu, ia cuma sekadar dijadikan dewan mesyuarat, itupun hanya pada masa-masa tertentu. Kebiasaanya mana-mana bangunan yang ditinggal kosong pada tempuh yang lama ia akan menjadi reput sepertimana rumah yang tidak diduduki.


Dalam ucapan meresmikan mesyuarat agung Persatuan Ibubapa (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Saya menjelas bahawa Ibubapa dan Penjaga tidak harus kecewa jika ada pelajar-pelajar yang cemerlang, tetapi tidak berpeluang masuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh, kerana tidak bermakna mereka itu tidak hebat dan bijak seperti pelajar lain.


Sebaliknya tiada ada jaminan bahawa mereka yang ditempatkan di sekolah berasrama penuh, masa depan mereka lebih baik dan cerah berbanding pelajar di sekolah-sekolah biasa atau di luarbandar.


Ilmu itu ada di mana-mana, asalkan ada kehendak dan kemahuan. Saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pelbagai insentif akan diberikan kepada sekoilah yang cemerlang, harus disambut baik.


Ini bermakna kemudahan di sekolah-sekolah di luar bandar akan terus disedia dan dipertingkatkan termasuk hasrat Tan Sri Muhyddin yang juga Menteri Pelajaran untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan sukan sekolah.


2 comments:

kerabu j said...

Kalau diikutkan tiada beza sekolah asrama penuh dengan sekolah harian, sebab seluruh Malaysia menggunakan silibus yang sama dan guru-guru yang berkelulusan dalam bidang pendidikan.

Yang penting ialah, pelajar perlu bekerja keras seperti mana rakan-rakan mereka di sekolah berasrama penuh!

Bangunan yang kosong tu, bukan sebab guru malas naik tangga, tapi mungkin ada sebab lain.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan. yang penting usaha dan kesedaran semua pihak dalam memajukan pelajaran anak-anak luarbandar supaya mereka berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar di bandar.