3 March 2010
Bantuan Baitulmal Dipertikaikan
Baitulmal harus segera dalam memberi bantuan kepada mereka yang berkenaan.Sebarang kelewatan akan hanya menyulitkan lagi pemohon, terutama keluarga yang miskin.
Begitupun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang diPertua Jabatan dan Setiausaha Majis Hal Ehwal Agama Islam Perak, Datuk Mohd Noor ahafis yang telah sudi meluluskan permohonan seorang penduduk di Batu Kurau, Roslan Ali yang rumahnyan terbakar hangus.
Diharap masalah kelewatan bantuan baitulmal dan rungutan orangramai mengenai permohonan mereka mendapat perhatian Jabatan berkenaan demi mengelakan sangkaan negatif.
Ada juga rungutan mengenai mereka yang tidak layak menerima bantuan, tetapi diberikan keutamaan.
Justeru diharap pihak Baitulmal melihat balik perkara ini dengan serious dan barangkali sudah tiba masanya kaedah pemilihan dan penilaian bantuan tersebut dirombak dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tahniah YBM Dato' kerana prihatin terhadap kelewatan pihak berkenaan menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak. Selaku pengundi Dato' saya berbangga dengan sikap Dato' yang kebelakangan ini amat mengambil berat terhadap masalah-masalah rakyat yang kurang bernasib baik.
Untuk makluman Dato', melalui perbualan dengan rakan-rakan, ada lagi pihak yang memerlukan pertolongan Dato' iaitu pengadil pengadil kita yang kabarnya telah tidak dibayar elaun selama 3 bulan sejak bermulanya liga 2010.
Mungkin Dato' sendiri sedia maklum perkara ini melalui tulisan tulisan mereka dlm blog blog sukan.
Saya yakin dengan kredibiliti Dato' dapat membantu mereka dalam hal ini.
terima kasih atas pandangan, insyallah akan saya minta penjelasan dariapda pihak skretariat berkenaan.
Post a Comment