Template by:
Free Blog Templates

4 March 2010

mendekati yang berjasa



















Alhamdullilah masih ada lagi Warga Emas dan Orang Kurang Upaya di DUN Kubu Gajah yang sempat Saya lawati, sambil menghulurkan sedikit sumbangan.

Saya amat bersimpati dengan keadaan hidup mereka kerana ada yang hilang penghilatan dan tinggal bersendirian. Justeru Saya amatlah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan terus tanpa menunggu untuk mereka ini membuat permohonan kernana yang penting ialah membiyai kos perubatan.

Ada juga dari kalangan mereka itu bekas anggoa Polis Yang berpangkat, tetapi kerana jatuh sakit mereka terpaksa berhenti awal.

Saya juga sempat berttemu dengan seorang kanak-kanak OKU di majlis penyampaian Kolam Udang Galah di Sungai Jernih, Ijok.

3 comments:

Anonymous said...

cuba bayangkan jika semua ADUN&AP UMNO yg lain berlumba-lumba dgn YB ADUN KUBU GAJAH.
kalau nak citer yg negatif/yg bukan2..da tentu sampai PRU13 pun tak selesai.
NAMUN YB ADUN KUBU GAJAH bertindak bukan menyata sebelum bertindak.
Moga YB panjang umur dan sentiasa sihat dgn rahmatNYA utk meneruskan perjuangan BANGSA!

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan dan dorongan semoga ia akan memberi semangat kepada saya untuk terus membela nasib rakyat.

anti hipokrit said...

Mungkin YBM Dato' telah tersedar dari mimpi dan lamunan lampau di mana sebelum ini YBM menang mudah di kawasan YBM. Walau apa pun, tahniah kerana YBM telah bangkit dan sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.
Tetapi YBM... berapa ramaikah waklil2 rakyat yang mempunyai hati perut mcm YBM? Tidak kira UMNO ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke... masih ramai dari kalangan mereka yang hanya ingin mendekati rakyat pada musim pilihanraya sahaja.
Saya berdoa semoga YBM akan terus bersikap seperti hari ini. Di andaikan YBM kalah sekalipun nanti, YBM tetap di hati rakyat dan Allah akan memberikan ganjaran di sana nanti.

Apa gunanya kita menang tetapi hanya mengira perut sendiri sahaja?