Template by:
Free Blog Templates

17 March 2010

Tiada Buruh dan Pekerja asing diambil






Rasa lega mendengar pengambilan kakitangan dan buruh di kilang sawit Felcra di Sungai Dendang dalam DUN Kubu Gajah adalah anak-anak tempatan dan sama sekali tiada pekerja asing.


Jaminan itu diberikan oleh Pengurus kilang berkenaan, Zainal bin Asmun ketika memberi taklima dalam lawatan Saya untuk meninjau perlaksanaan kilang yang dianggarkan sekitar RM 30 juta itu yang pada mulanya dijadualkan beroperasi pada bulan Disember yang lalu.


Turut hadir ialah Penolong Pengurus Felcra Tebing Tinggi/Sungai Malau, Baharuddin bin Mat Isa dan pegawai-pegawai yang lain.


Pengambilan kakitangan kilang akan bermula sekitar bulan April ini dan dijangka mula bertugas pada bulan Julai.


Keutamaan kepada penduduk-penduduk tempatan untuk bekerja di situ adalah sebagai pendekatan untuk memudahkan lagi pihak pengurusan Felcra mengatasi masalah-masalah yang mungkin di kemudian hari.


"Lagi pun ini ini adalah satu pendekatan yang dirasakan terbaik bagi menjaga dan mengeratkan lagi silaturahim antara pengurusan, pekerja dan penduduk," tambah beliau walaupun tidak dapat menyatakan perkara yang sebenar berhubung kelewatan kilang itu disiapkan mengikut jadual.


Saya sendiri yang memimta pembinaan kilang tersebut ketika menjadi Ahli Parlimen Larut bagi membangu meningkatkan lagi pemasaran buah kelapa sawit dan lebih penting di lihat dalam konteks pembinaan kilang tersebut ialah pembinaan kilang baja pada masa yang sama.


Kilang tersebut yang dibina atas kawasan seluas 25 hektar akan memberi pilihan kedua kepada penjual-penjual buah sawit termasuk ladang-ladang milikFelcra, Felda dan Risda selain pekebun-pekebun kecil yang lain.


Untuk ladang Felcra sahaja dijangka ia melihatkan lebih 80,000 ekar di sekitar Perak dan Kedah. Kilang ini juga menjamin tiada berlaku pencemaran kerana kaedah termoden yang digunakan.

0 comments: