Template by:
Free Blog Templates

15 March 2010

Dr Zambery Tangguh

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir menangguhkan pogram turun padang ke DUN Kubu Gajah pada 24 Mac ini ke awal bulan April kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakan.

Pejabat Menteri Besar Perak kini mencadangkan pada 7 dan 8 April sebagai tarikh baru untuk program tersebut, beritahu Setiasuaha Politik, Ismail Sapian ketika kami sama-sama mengiringgi rombongan Dr Zambery ke Kota Kinabalu.

Susunan program Menteri Besar bagaimanapun, berjalan seperti, kecuali sedikit perubahan jika beliau bersetuju meneruskan hasratnya melawat tapak ternakan Kambong Bore di Pondok Tanjung yang juga dalam DUN Kubu Gajah.

"Jika boleh Saya hendak ke sana, ladang (yang menjadi Pusat Pembiakan Kambing Bore Negara) untuk melihat dan meninjau dengan lebih dekat perlaksanaannya," jelas Dr Zambery ketika kami berbual sebelum bertolak ke Sabah.

Saya amat setuju dengan Menteri Besar kerana DUN Kubu Gajah boleh dimajukan di bawah program pembangunan Koridor Utara.

Mengikut jadual lawatan yang telah disusun dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah kecil Selama, Haji Yusof bin Abustan, Menteri Besar akan minum petang dan meninjau projek homestay Bagan Bahru, sebelum turun bermain Bola Sepak persahabatan dengan pasukan ADUN Kubu Gajah.

Dr Zambery selepas itu akan di bawa melawat latar Air Terjun di Titi Dua, dekat Sungai Jernih yang merupakan ketiga tertinggi di Asia Tertenggara.

Pada sebelah malamnya beliau akan bersama jemaah bersolat Mahgrib, Isyak dan Berkiamulai di Mesjid Kampung Mesjid, Ijok.

Keesokan harinya, beliau akan besarapan pagi dengan penduduk-penduduk tempatan sebelum berlepas pulang.

0 comments: