Template by:
Free Blog Templates

26 March 2010

Projek siap, tetapi pindah milik belum selesai




Percaya atau tidak? Projek beratus juta ringgit telahpun siap beberapa tahun lalu dan memberi pulangan hasil yang lumayan tetapi pindah milik belum selesai hingga ke hari ini.


Bermakna, pemilik asal masih menerima notis bayaran cukai tanah. Itu adalah diantara perbincangan hangat yang menarik perhatian ADUN-ADUN di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi, di Bilik Gerakan, Taiping Semalam.


Saya turut meminta agar birokrasi dalam menyelesaikan masalah rakyat ini diberikan perhatian serious jika flasafah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan mahu direalisasikan.


Masalah suka melepas tanggungjawab kepada agensi lain ini harus segera dihapuskan kerana ini akan memenyebabkan banyak masalah rakyat tidak selesai.


ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusof dan ADUN Terong, Datuk Rosli Hussein turut memberikan pandangan mereka.


Masalah Kuaters Kerajaan yang tinggal terbiar juga turut menjadi perbincangan hangat. Agensi terbabit seperti Pejabat Hutan dan JKR diminta supaya membenarkan agensi Kerajaan yang lain menggunakan bangunan tersebut sekiranya mereka tidak lagi mahu menggunakannya.


Masalah ketiadaan Pondik Polis di Pekan Kubu Gajah juga turut dibincangkan dan meminta agar sebuah bangunan sementara diwujudkan hingga satu projek Balai Polis baru dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 10.


Saya sendiri telah menyenaraikan Projek Balai Polis Kubu Gajah dan beberapa lagi agensi Kerajaan di bawah Pentadbiran baru Pekan Kubu Gajah dalam RMK 10 yang disediaan oleh UPEN Negeri.

0 comments: