Template by:
Free Blog Templates

14 March 2010

Kemewahan Kenduri Kahwin









Sepanjang hari ini, Saya meluangkan masa ke majlis-majlis kenduri kahwin di DUN Kubu Gajah, bermula di Kampung Tebing Tinggi.

Anak bongsu, Haji Ariff bin Awang, Jawatankuasa UMNO Cawangan Tebing Tinggi. Kemudian ke rumah Mat Rani, seorang kontrektor di Tanjung Lengkong, Ulu Selama. Mat Rani bukan sahaja adakan majlis masuk rumah baru, tetapi berumah hati mengadakan majlis kenduri kahwin anak saudaranya.

Bertambah selera makan di rumah beliau kerana hidangan masakan gulai ikan Sembilang dan daging Rusa.

Kemudian singgah di rumah hajjah robaayah binti jidin, di kampung Sungai Berdarah. Sebe;um ke rumah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Luas, Abdul Wahab bin Mohd Yusff di Ijok, saya juga hadir ke majlis kahwin anak lelaki Mehat bin Din, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut di Taman Seri Selama.

Di rumah Mehat, Saya berpeluang memotong kek perkahwinan bersama pasangan pengantin dan kedua Ibubapa mereka.

Apa yang jelas sepanjang majlis kenduri kahwin itu ialah pengorbanan Ibubapa dan keluarga mengadakan majlis kenduri tersebut yang sanggup berhabisan dalam membuat belanja. Saya tidak terkejut bila ada diantara mereka yang memanggil hingga 5,000 orang tetamu dan memsan hinggan 5 pikul Daging.

0 comments: