Template by:
Free Blog Templates

15 March 2010

simpati kesengsaraan che yah



Kesangsaraan Che Yah binti Che ngah, 52 tahun yang cacat penglihatan sekali lagi menarik perhatian Saya.


Beberapa bulan yang lalu, Saya telah melawat beliau di rumah sewanya di pekan baru Redang Panjang, tetapi kali ini Saya terkejut bila dibertahu beliau terpaksa berpinda dan kini tinggal menumpang di sebuah rumah di kampung Tersusun Redang Panjang yang dikeliling dengan ladang Kelapa Sawit.


Che Yah bersama dua anaknya telah berpindah ke rumah sewa tersebut kira-kira dua minggu yang lalu selepas keadaan rumah sewa lamanya tidak lagi selesa untuk tinggal.


Ibu tunggal itu bagaimanapun, menerima bantuan bulanan daripada Felcra dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, cuma beliau berharap untuk mendapat bantuan sebuah rumah pula.


Saya akan mengakukan masalah beliau ini kepada Felcra di bawah program rumah mesra rakyat dan juga Baitulmal Perak.


Memandangkan keadaan Che Yah saya tidak nampak kenapa beliau tidak boleh diberikan bantuan rumah untuk beliau tinggal bersama anak-anaknya.

0 comments: