Template by:
Free Blog Templates

19 March 2010

Kecewa Sikap ADUN

Sikap ADUN Tronoh, V.Sivakumar yang masih menganggp dirinya Speaker DUN Perak amat mengecewakan dan memalukan.

Ia juga secara tidak langsung menghina, mencemar dan menjatuhkan imej Institusi Penggubal Dasar dan Undang-Undang Kerajaan Negeri.

DUN pada sidangnya awal tahun lalu, telahpun memutuskan, R.Ganeson mengikut suara majoriti sebagai Speaker. Berikutan dengan itu, bekas Speaker, Sivakumar hilang jawatan beliau dengan sendirinya.

Jubah yang merupakan pakaian resmi Speaker juga telah diambil balik daripada Siva.

Persoalan yang timbul kenapa Siva masih bertindak seolah-olah beliau masih lagi Speaker dan mengeluarkan notis mesyuarat DUN yang bermula 30 Mac ini, sedangkan notis sebenar dan sah telahpun dikeluarkan oleh Ganeson.

Saya amat kesal kerana setiap kali DUN hendak bersidang ada sahaja kerenah yang ditimbulkan oleh Speaker dan Pembangkang.

Saya merasakan kerugian yang amat sangat kerana sudah dua kali sidang, Saya tidak berpeluang untuk berucap dan berbahas mengenai banyak perkara samada untuk kepentingan DUN Kubu Gajah itu sendiri mahupun bagi Negeri Perak pada keseluruhannya.

Sidang DUN ini sepatutnya menjadi gelanggang bagi ADUN-ADUN berdebat dan memberikan pandangan untuk membela nasib rakyat dan membantu membangunkan lagi Negeri ini.

Mengecewakan lagi tanggapan negatif mengenai DUN perak yang menjadi tumpuan ramai bukan kerana ingin mengikuti perdebatan Ahli-ahlinya, tetapi lebih cenderung utuk tenguk gelagat dan aksti bergaduh.

Saya merasakan sudah tiba masanya, ADUN-ADUN Pembangkang mengutamakan sikap bertanggung jawab untuk menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kawasan masing-masing dan jadilah Wakil Rakyat yang berhemah dan ikon kepada generasi yang akan datang.

Sebagai ingatan, pada sidang DUN tahun lalu, Pembangkang telah mencetuskan kekacauan hingga majlis perasmian tertangguh lebih daripada lima jam oleh DYTM Raja Muda Perak.

Sebelum itu, Pembangkang menjadi bahan lawak kerana mengadakan sidang bawah Pokok dan kemudian pula di sebuah hotel di Ipoh.

Apa kah pula sendiwara terbaru mereka kali ini? Apa kah mereka serious memulau sidang DUN pada 30 Mac ini? kita sama-sama tunggu.

0 comments: