Saya rasa hiba bila Warga Emas, Awang bin Daud, 74 tahun yang sedang uzur, masih mengenali saya ketika melawat beliau di rumahnya di Felda, Ijok.
Ketika masih sihat, dahulu beliau amat dikenali seorang peneroka yang cukup aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Kunjungan saya itu, setidak-tidaknya, menunjukkan bahawa jasa mereka tidak pernah dilupakan.
Malah, Awang cukup selesa berbual dan sempat bertanya isu semasa. Beliau juga, masih ingat dan bertanya khabar beberapa nama dan individu tertentu.
Semoga lawatan itu memberi semangat dan harapan kepada Awang, sambil memberi sedikit sumbangan.
Selepas melawat dan melihat sendiri keadaan warga emas, saya amat simpati dengan mereka terutama mereka yang tidak ada tempat untuk bergantung dan sumber pendapatan.
Saya berharap agar cadangan saya supaya bantuan terus diberikan kepada mereka ini untuk membiyai kos pertubatan dapat dipertimbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa menunggu mereka membuat permohonan.
Malah, ada juga beberapa orang Ketua Kampung yang merungut dan menyatakan rasa kesal mereka yang amat sangat, kerana banyak permohonan yang ditolak dan tidak ada jawapan.
Saya juga sempat melawat, seorang pemuda Kamaruddin bin Nordin, 35 tahun di Felda, Ijok yang sakit dan lebih banyak masa tinggal di rumah.
0 comments:
Post a Comment