Template by:
Free Blog Templates

22 March 2010

Datuk Redza CEO contoh


Bukan semua Ketua Esekutif (CEO) yang menerajui Agensi Kerajaan yang mudah ditemui dan sudi pula mendengar pandangan dan pendapat orang lain seperti Datuk Redza Rafiq bin Razak orang utama pelaksana Pembangunan Wilayah Koridor Utara.


Saya seperti tidak percaya dapat berbual panjang dengan beliau bersama dua lagi pegawai kanan beliau di sebuah kedai kopi petang tadi.


Ini adalah satu contoh Pegawai yang berkedudukan tinggi tidak mementingkan protokol dan lebih penting bersedia mendengar pandangan orang bawahan.


Malah, tidak keterlaluan Saya katakan ramai Ketua UMNO Bahagian yang mengadakan pertemuan dan berdailog dengan beliau tempuh hari amat menyenanggi dengan sikap terbuka Datuk Redza dan bersedia memberi kerjasama.


Saya dapat merasakan pembangunan koridor Utara ini akan mencapai matlamat dan sasarannya jika Kerajaan mempunyai seorang bersikap seperti Datuk Redza.


Banyak yang telah dapat Saya luah dan berikan pandangan kepada beliau mengenai program koridor utara. DUN Kubu Gajah terutamanya terlibat dengan Pusat Pembenihan Kambing Boer Negara dan berharap penyertaan masyarakat tempatan turut diberikan keutamaan.


Difahamkan lebih 12,000 ekor benih kambing Boer yang berasal dari Afrika Selatan dan kini amat popupar di Australia akan dipelihara di ladang seluas kira-kira 3,000 ekar di Pondok Tanjung dalam DUN Kubu Gajah.


Projek tersebut mula dirancang ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dan Saya adalah Ahli Parlimen Larut.


Terima kasih Saya rakamkan kepada Datuk Redza kerana sudi berbual panjang. Terima Kasih Daun Keladi. Datuk Redza adalah anak kelahiran Bandar Warisan Taiping dan dilantik menjadi CEO Koridor Utara baru-baru ini.

3 comments:

PARPUKARI said...

Alhamdulillah Dato, alangkah baiknya kalau semua pegawai kerajaan bersikap begini, pasti aman negara kita ni, anyway Dato, ggod job! Well Done Dato Seri!

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan dan pandangan, semoga kita terus bangunkan negeri dan bangsa kita.

Anonymous said...

HAHAHA DIA CONTOH KA I KNOW HIM LA..USED TO BE MY BOSS WHAT