Template by:
Free Blog Templates

11 March 2010

Dr Zambery Pertama Kali Jejak Kaki Ke Kubu Gajah




Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir akan menjejak kaki buat julung kalinya ke DUN Kubu Gajah dalam program turun ke padang hujung bulan ini.

Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil selama, Haji Yusop bin Abusetan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Selama, pagi tadi. Saya dan ADUN Selama, Datuk Mohd Daud Yusop turut hadir.

Dr Zambery dalam lawatannya akan minum petang bersama penduduk di Dewan Homestay Bagan Bahru. Selepas Solat asar di Mesjid Bagan Bahru, akan diadakan perlawanan Bola Sepak persahabatn antara Pasukan Menteri besar dengan ADUN Kubu Gajah di padang Majlis Daerah Bagan Bahru jam 5 petang.

Beliau kemudian akan dibawa melawat latar Air Terjun di Titi Dua, Sungai Jernih yang merupakan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

Dr Zambery akan singgah berihat di rumah Haji Mokhtar Abdu; Kadir, bekas Ketua Kampung mesjid, Ijok, sebelum bersolat Maghrib dan Isyak di Mesjid Ijok. Beliau akan terus bermalam untuk berqiamulai.

Pada keesokan harinya sebelum berlepas pulang, Dr Zambery akan bersarapan pagi teh tarik bersama jemaah.

Terdahulu, pada 24 Mac sebelah pagi, Menteri besar akan mengadakan Mesyuarat EXCO di Bilik Gerakan Daerah Selama selepas bersarapan pagi bersama Pegawai dan kakitangan Kerajaan.

Beliau kemudian akan berkelah di latar Tebintg Tinggi di Ulu Mengkuang Selama. Kira-kira 1,000 orang dijangka hadir. Dr Zambery juga akan bedailog dengan penduduk tempatan, sebelum ke Bagan Bahru melalu Teras untuk meninjau projek jalan baru Teras-Kampung Mesjid.

0 comments: