Template by:
Free Blog Templates

15 March 2010

Rumah PPRT jadi tanda tanya?




Walaupun dalam hujan renyai-renyai, Saya tetap menghala ke Kampung Teras, Ijok kerana ingin tinjau masalah banjir yang musnah tanaman dan pembinaan sebuah rumah PPRT di bawah program mesra rakyat.


Beberapa minggu yang lalu, saya sendiri pernah meninjau perlaksanaan rumah tersebut di Felda, Ijok dan Sungai Jernih. Saya amat terkejut dengan kualiti bahan yang digunakan berbanding dengan kos yang disediakan.


Di kampung Teras pula, ia dibina sebagai menggantikan sebuah rumah yang terbabit dengan pembinaan jalan baru Kampung Mesjid-Teras dan ke Ulu Mengkuang. Namun, saya agak puashati dengan bahanya walaupun belum lagi siap sepenuhnya.


Kadang-kadang saya merasa pelik dan keliru dengan kualiti pembinaan rumah tersebut, walaupun program rumah mesra rakyat ini amatlah dialu-alukan kerana dapat membantu menggurangkang bebanan rakyat miskin yang tidak mempunyai tempat tinggal.


Ketua Kampung Teras, Wahab pula tertanya-tanya kelewatan siapnya rumah tesebut serta bekalan air yang masih lagi belum disambung?

1 comments:

Anonymous said...

salam dato'
kalau dato' seorang pemimpn vip politik tertanya tanya berkaitan perkara ni apakah lagi kami rakyat marhen dikampung kampung.