Beberapa pendekatan telah diambil oleh Jawatankuasa Kewangan Negeri (PAC) Perak dalam meningkatkan prestasi Agensi-Agensi Kerajaan termasuk lawata mengejut.
Dalam Mesyuarat Jumaat lalu, PAC Perak juga akan menganjurkan majlis Esekutif talk yang akan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir. Kesemua Jabatan Kerajaan dan Pegawai serta pihak tertentu akan dijemput.
Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara dijangka memberi taklimat khas di majlis tersebut yang dijangka dihadiri oleh lebih 800 orang.
PAC juga akan memanggil ketua-ketua Jabatan atau Agensi Kerajaan berhubung dengan laporan Audit dari masa ke semasa.
Awal tahun ini, empat jabatan telah dipanggil dan dua yang sempat menghadirikan diri untuk memberi penjelasan kepada Jawtankuasa tersebut.
Yang penting ialah PAC mahu jabatan dan agensi berkenaan meningkatkan prestasi mereka untuk berada di tahap 4 bintang, kerana pada masa ini bilangannya amat kecil.
0 comments:
Post a Comment