Template by:
Free Blog Templates

28 March 2010

Pelajar UITM dan ISA







Tak kenal maka tak cinta. Semalam saya menghabiskan masa kira-kira dua jam menerima undangan kira-kira 150 pelajar Komunikasi dan Pengajian Media, UITM Shah Alam.

Terima kasih kepada Pensyarah Ahmad Faisal Mohd Fiah diatas ingatan dan penghormatan yang diberikan kepada Saya untuk merasmikan program yang diadakan di sebuah Pusat Peranginan di Lenggong.

Turut hadir di majlis sambil berdalog itu ialah Ketua Program Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM Shah Alam, Abu Yamin Salam.

Semenjak kembali menjadi ADUN ini adalah kali pertama Saya berpeluang menghadiri majlis dan berdailog anjuran Pelajar-Pelajar Pusat Pengajian Tinggi. Kali terakhir Saya berpeluang ialah ketika menjadi Ahli Parlimen di majlis yang dianjurkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang pelajar seluruh Negara.

Pada majlis di Lenggong semalam, diantara isu yang menarik perhatian pelajar berkenaan ialah berhubung dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Saya sendiri memberikan penjelasan bahawa Kerajaan sama sekali tidak pernah menggunakannya untuk kepentingan politik.

Malah, berdasarkan rekod, diantara mereka yang pernah ditahan di bawah ISA juga terdiri dari kalangan tokoh-tokoh politik dari pihak Kerajaan.

ISA adalah bertujuan untuk menjamin keamanan dan keselamatan Negara, malah kerana akta ini jugalah rakyat kini hidup dalam keadaan aman dan sentosa dan tidak terancam kepada keselamatan.

Isu sukan terutamanya Bola Sepak juga menjadi perhatian mereka. Selaku bekas Pengurus Pasukan Perak dan masih Ahli Majlis Bebas dan EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Saya telah memberikan penjelasan.

Saya mengucapkan Terima Kasih kerana diberikan peluang mendekat Pelajar-Pelajar dan diharap pendekatan ini akan berterusan demi kepentingan kedua-dua belah pihak.

Saya juga memberikan penjelasan mengenai kemelut Politik Perak agar pelajar tidak dikelurukan dengan pandangan-pandangan dan tangapan yang negatif.


Saya juga diberikan penghormatan melancarkan Logo baru Kelab Pelajar-Pelajar tersebut.

1 comments:

epain said...

terima kasih datuk seri atas kesudian hadir ke majlis kami...

pelajar amat berbesar hati dpt berbicara dengan datuk walaupun topik yang dibangkitkan agak "panas"...

apapun, mereka juga mengharapkan agar program yang sama dpt diteruskan pada masa depan...

sekali lagi, terima kasih...

Ahmad Faisal
Pensyarah Kewartawanan
FKPM