Usaha Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mendekati rakyat semua kaum, termasuk tidur di Mesjid untuk berqiamulail mendapat pujian daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rakyat semakin menyenanggi Dr Zambery yang tidak pernah jemu untuk turun ke padang berseua muka dan mendengar rintihan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri juga tidak mahu ada lagi suara-suara yang mempertikakan isu Menteri Besar dan Speaker dan menanggap kemelut politik Perak kini sudah tamat.
Tan Sri Muhyiddin juga menegaskan Program Juara Rakyat bukan bertujuan hendak bermegah, tetapi membuktkan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mebela rakyat.
Juara rakyat iltizam baru BN bela rakyat. Kerajaan akan terus usaha basmi miskin tegar dan tingkat pendidkan luar bandar, tambahnya.
Perpaduan benteng ketahanan dan keamanan Negara. dengan itu beliau ingatkan bahaya golongan yang hasut dan pecah belahkan rakyat, katanya ketika meresmikan program Juara Rakyat peringkat Negeri Perak di Tasek YDP Slim River.
Terdahulu dalam ucapnya, Dr Zambery menegeaskan BN tidak pernah mengalah dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat.
Beliau juga menegaskan BN tidakpandai untuk buat fitnah, tetapi sebaliknya menggunakan pentas program juara rakyat ini untuk mendekati dan menyuara hasrat rakyat.
Kira-kira 5,000 orang hadir termasuk Isteri Timbalan Perdana Menteri, Naib-Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil dan pemimpin komponen parti BN.
Sebelum itu, Dr Zambery mengadakan dialog dengan kira-kira 1,000 warga pendidik Perak di Politeknik Sultan Azalan Shah.
Pada sebelah petang, Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN Pusat mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jawataankuasa Perhubungan UMNO dan BN Negeri di Pusat Laithan Felda, Trolak.
Selain Dr Zambery, turut hadir ialah Ahmad Zahid dan Hishamuddin dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang menjadi Bapa dan Ibu Angkat kepada Bahagian-Bahagian UMNO di Perak.
4 comments:
Dialog dengan seribu pendidik Perak? Kenapa kami tak tahupun? Ada udang di sebalik mee ka? Betul ke ni? Atau main pilih saja?
salam, antibarua 7/3/10 02.13 selamat jadi barua
saya nasihatkan dalam hal ini sila hubunggi pentadbiran politeknik sultan azlan shah bagi mendapatkan penjelasan.
anti barua.hang tu la tak mau bercampur dengan orang lain.tu pasal tak tau pasal prog tu.bercampur2 la sket dgn org.selalu la kontek adun kwasan utk ikuti perkembangan.
drp
amenhetop
Post a Comment