Template by:
Free Blog Templates

3 March 2010

Menitis Air Mata lihat Nasib Ibu Tunggal






Saya mnitis air mata kesedihan melihat keadaan hidup keluarga Ibu Tunggal, Rozainah binti Abdul Hamid yang tinggal di rumah usang di Sungai Dendang dalam DUN Kubu Gajah.

Beliau yang telah kehilangan suami, bekas seorang anggota Tentera bukan sahaja tinggal di rumah tanpa api dan air, malah menumpang atas tanah orang.

Saya telah mengunjung ke rumahnya bagi melihat sendiri keadaan hidup beliau yang terpaksa bekerja mencucui pejabat di Selama dan menanggung lima anak yang masih bersekolah dan kecil.

Saya sedang berusaha dapatkan bantuan rumah di bawah program kemiskinan Risda, tetapi masalahnya tuan punya tanah tempat Rozainah tumpang sekarang tidak mengiizinkan beliau mendirikan rumah di situ.

Beliau pula enggan berpindah ke tempat lain.

2 comments:

Hj. Ampon said...

Tahniah YBM sebab selalu turun padang. Bukan saja di kawasan YBM masih terdapat golongan seperti ini, tetapi ramai lagi di luar sana. Saya sendiri TIDAK TAHU mengapa keadaan ini masih wujud sedangkan negera telah merdeka lebih drp 50 tahun. Dengan adanya Jbt kebajikan Masyarakat, Baitumal dan Lembaga Zakat, kehidupan seumpama ini sepatutnya sudah tidak wujud lagi dalam negara kita.

Bagaimana dengan nasib mereka-mereka di kawasan lain yang wakil rakyat mereka tidak seperti YBM? Kepada siapa mereka harus mengadu?

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan dan pandangan yang cukup bernas. segala sokongan akan menjadikan dorongan semangat untuk saya terus membela nasib rakyat.