Template by:
Free Blog Templates

10 March 2010

Kalender tahunan promosi Dun Kubu Gajah







Usaha menjadikan DUN Kubu Gajah sebagai salah satu tarikan program Homestay akan dipertingkatkan dalam kalender tahunan yang akan diperkenalkan mulai tahn ini.


Diantaranya ialah Pesta Udang Galah, Pesta Durian, Motorcross, Futsal dan persembahan Kebudayaan dan Keseniaan termasuk Tomoi dan Silat Gayung Patanni. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, baru-baru ini telah menghadiri satu persembahan Silat Gayung Patanni di Kampung Padang Das dan tertarik dengan keseniaan yang dimilikki oleh rakyat Malaysia sejak turun temurun.


Produk-Produk tempatan juga akan diperkenalkan sepanjang program tersebut, selain keunikan Air Terjung di Titi Dua, Sungai Jernih yang diatakan yang ketiga tertinggi di Asia Tenggara.


Satu Mesyuarat mengenainya telah diadakan melibatkan Pengursan Homestay di Bagan Bahru, Ketua-Ketua Kampung di DUN Kubu Gajah dan beberapa agensi yang terbabit. Kini terdapat lebih 20 buah rumah homestay yang telah berlesen manakala ada lagi yang sedang dalam peringkat permohonan.


Memandangkan DUN Kubu Gajah juga terlibat dengan Pusat Pembiakan Kambing Boer Negara di Pondok Tanjung, berdekatan dengan Tanah Rancangan Belia Khas Pondok Tanjung dan Ladang Segar serta di Batu 21, maka program itu juga akan dijadikan sebagaia tarikan Pelancong.


Persembahan kebudayaan termasuk Ghazal juga akan diadakan dua minggu sekali. Perancangan awal untuk melancarkan program tersebut ialah pada awal Bulan April.


Kini terdapat lebih 100 buah kolam ternakan Udang Galah hasil usaha orang kampung di sekitar kawasan Kelian Gunung dan Sungai Jernih.


Selain perjumpaan tersebut Saya juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan komputer kepada beberapa pihak bagi membantu mempromosikan DUN Kubu Gajah kepada wakil-wakil agensi tertentu.


Pihak Pelancongan Negeri akan dihubunggi bagi membantu menjadikan DUN Kubu Gajah sebagai salah satu distinasi pelancongan utama bagi pelancong ke Negeri Perak.


Dalam pada itu, Saya juga berharap pihak agensi yang terbabit agar segera melaksanakan kerja penyelenggaraan parit dan longkang jalan utama yang boleh mengakibatkan banjir seperti di Kampung Sungai Ara.

0 comments: