Template by:
Free Blog Templates

12 March 2010

Ehsan Jabatan pertanian menyelamatkan Zahat












Jika tidak kerana ehsan Pejabat Pertanian Daerah Kecil Selama, entah apa nasib yang akan menimpa, bekas pekerja kontrak, Zahat bin Ismail, 50 tahun, yang mengalami sakit buah pinggang di Tanah Rancangan Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung dalam DUN Kubu Gajah.

Saya melawat beliau yang baru sahaja dua hari berpindah seelah mendapat surat membenarkan beliau dan isteri menyewa rumah kuarters Jmenh abatan Pertanian itu.

Beliau amat berterima kasih diatas kunjungan Saya yang katanya memberi semangat dan dorongan untuk tabah dalam menghadapi keadaan dirinya.

Zahat terpaksa berulang alik setiap hari ke Kamunting bagi mendapatkan rawatan dan kosnya agak mahal. Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat akan segera menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan beliau.

Dengan diiringgi oleh Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim Saya juga melawat beberaoa orang lagi warga emas termasuk Mohamed bin Ismail, 61 tahun, yang menangis teresak ketika Saya meninggalkan rumahnya.

Beliau yang cuiup aktif dalam kegiatan Kemasyarakatan sebelum jatuh sakit amat terharu dengan lawatan saya itu.

Saya juga turut melawat warga emas Puteh binti Awang, 81 tahun, Nordin bin Abdul Hamid, 60 tahun dan Hasnah binti Said, 60 tahun.

0 comments: