Berlepas ke Kota Kinabalu bersama rombongan Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang membuat lawatan ke Sabah.
Dr Zambery akan menghadiri program gotong royong Juara Rakyat UMNO Bahagian Tauran, jam 8 pagi hari Sabtu. Beliau adalah Bapa Angkat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia.
Pada sebelah malam, Dr Zambery dan rombongan termasuk Ketua-ketua UMNO Bahagian di Perak akan menghadiri majlis makan malam di kediaman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Keesokan harinya Menteri Besar akan mengadakan perjumpaan dengan Pelajar-pelajar Perak di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur.
12 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment