Saya jangkakan sidang Dewan Negeri (DUN) Perak yang akan diresmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 30 Mac ini sekali lagi menjadi tumpuan ramai di dalam dan Luar Negeri.
Ini adalah sidang kali ketiga semenjak Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Pembangkang awal Tahun Lalu.
Bagi Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ia adalah sidang buat kali ketiga semenjak menjadi Menteri Besar Perak.
Pada peresmian sidang awal tahun lalu selepas BN mengambil alih pentadbiran Negeri, ia mencetuskan kekecuhan hingga lebih daripada lima jam, barulah DYTM Raja Muda Perak, dapat menyampaikan titah ucapan peresmian.
Sidang DUN Perak sekali lagi menjadi tegang, tetapi belanjawan Negeri dapat dibentang dan diluluskan oleh Menteri Besar.
Apakah pula sindiwara Pembangkang pada kali ini? Mereka telah memintah agar DUN ditangguhkan kerana tidak mengiktiraf Speaker yang dipilih oleh BN.
Apakah Pembangkang sekali lagi akan memulau sidang? atau sekadar sindiwara. Jika Adun-Adun mereka tidak hadir, mereka akan hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Apa kah mereka rela berbuat demikian?
Macam-macam lakonan yang telah mereka lakukan sebelum ini termasuk bersidang di bawah Pokok dan di sebuah Hotel di Ipoh.
Dalam majlis taklimat turun padang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat DUN Kubu Gajah di Sungai Ara, Saya menjelaskan bahawa BN adalah Kerajaan yang sentiasa mementing dan mengutamakan kebajikan rakyatnya.
Selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan, beberapa insentif lain turut disediakan oleh Kerajaan pimpinan Dr Zambery termasuk membiyai pelajar yang mendaftar masuk ke Pusat Pengajian Tinggi (IPT).
0 comments:
Post a Comment