Isu rakyat miskin, masalah Ibu Tunggal dan Bantuan Bitulmal adalah diantara perkara yang akan Saya bangkitkan dalam perbahasan DUN Perak yang dijadualkan bermula pada 30 Mac ini.
Saya merasakan proses dan pendekatan bantuan rumah mesra rakyat kepada penerimanya harus dikaji semula. Kualiti perlaksanaan rumah tersebut juga menjadi tanda tanya kerana tidak berdasarkan spekfikasi yang ditetapkan.
Agensi-agensi yang terlibat harus merujuk kepada Ketua Kampung sebelum permlohonan bantuan rumah tersebut diproses.
Ada Ketua Kampung yang mendakwa, bukan sahaja mereka tidak dirujuk permohonan yang dibuat, tetapi jika pun ada permohonan yang telah diluluskan, mereka pun tidak tahu dan diberitahu oleh pihak berkenaan.
Pernah berlaku di DUN Kubu Gajah, kelulusan telah diberikan kepada pembinaan sebuah rumah untuk rakyat miskin, tetapi kontraktor berkenaan melenggah-lenggahkan pembinaanya, sehinggalah perkara itu sampai ke pengetahuan pengurusan agensi berkenaan untuk diambil tindakan.
Mengenai kesengsaraan Ibu Tunggal untuk menanggung keluarga mereka dan masalah mata pencarian juga akan dibangkitkan.
Masalah bantuan Baitulmal yang lewat dan permohonan daripada keluarga miskin yang benar-benar memerulkan tempat tinggal juga akan dibangkitkan
Isu kelewatan permohonan dan tukar milik tanah serta program menaik taraf DUN Kubu Gajah juga akan dibangkitkan dalam sidang tersebut yang akan diresmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
20 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment