Template by:
Free Blog Templates

15 March 2010

Latar Panggung ada Tarikan Tersendiri



Setiap hujung minggu, latar Panggung di Kampung Teras, Ijok menjadi tumpuan ramai yang datang bercuti dan berkelah.


Tidak kurang daripada 50 buah kereta, selain yang bermotor dan keadaan menjadi sesak kerana jalan ke latar Panggung agak sempit dan bertanah merah. Namun, bila jalan baru Kampung Mesjid-Teras ke Ulu Mengkuang siap tidak lama lagi, bilangan mereka yang akan ke sana dijangka bertambah ramai.


Begitupun, latar Pangugng masih kekurangan kemudahan seperti bilik peralinan, tandas awam dan surau. Justeru, lebih RM 500, 000 diperlukan bagi tujuan tersebut.


Selain remaja, orang dewasa dan berkeluarga juga ramai yang mengunjunggi latar Panggung, terutama musim cuti sekolah.


Saya ambil kesempatan melawat keadaan latar tersebut bersama dengan Ketua Kampung, Wahab yang juga mengajukan permintaan yang sama mengenai kekurangan di situ.

0 comments: